KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 12, 2008

Gerakan syor kerajaan semak harga petrol, diesel setiap minggu

MStar | Gerakan mengesyorkan supaya kerajaan menyemak harga petrol dan diesel setiap minggu jika ia tidak diapungkan supaya rakyat dapat merasai kesan penurunan harga bahan api itu dengan serta-merta.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, cadangan itu dilihat munasabah berbanding semakan sekali dalam sebulan seperti yang dilakukan pada masa ini berdasarkan trend pasaran harga minyak mentah yang dilihat semakin menurun dan kini telah mencecah harga AS$83 setong.

"Sekarang ini, apabila harga minyak mentah turun di pasaran dunia, kita tunggu sebulan sebelum kesannya dinikmati rakyat.

"Sekarang ini harganya rendah dan kesannya hendaklah dirasai serta merta," katanya selepas berakhirnya Persidangan Perwakilan Nasional Ke-37 Gerakan di sini hari ini.

Koh berkata, perkara tersebut adalah antara tiga perkara utama yang dibincangkan dalam persidangan dua hari parti itu.

Beliau berkata, hal yang berbeza berlaku apabila berlaku penurunan pada harga minyak sawit yang kesannya dirasai serta merta oleh rakyat.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive