KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 12, 2008

Harga Pemuda Umno RM500 sahaja?

harakah | ...Beberapa blogger Umno mendakwa sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan bagi mendapatkan pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Machang sahaja di mana setiap perwakilan yang hendak dibeli undi mereka didakwa diberikan RM500.

Pemuda Umno bahagian tersebut mencalonkan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno di mana Khairy mendapat 96 undi manakala Exco Pemuda Umno, datuk Mukhriz Mahathir mendapat 78 undi.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, dengan slogan "Berani Berubah!", Ahli Parlimen Jerlun itu telah pun mendapat mendapat 30 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan memerlukan hanya lapan pencalonan sahaja lagi untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ialah 38.

Khairy setakat ini mendapat 15 pencalonan manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat tujuh pencalonan.

Di Kimanis, para penyokong Khairy tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat Pemuda bahagian itu di mana Mukhriz akhirnya dicalonkan.

Seorang penyokong Khairy memberitahu Malaysiakini, antara 45 hingga 50 penyokong dihalang untuk masuk semula ke Dewan Orang Ramai Membakut, dekat Papar, tempat mesyuarat itu dijalankan. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive