KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 2, 2008

Peluang perniagaan !!!

Lama duduk depan komputer ni jemu jugak. Bukan dapat duit, tapi mengabiskan duit ada la. Tapi tangan dah gatal nak picit punat punat ni. Kalau sehari tak tengok skrin, rasa masam sunat tapi tak putus.

Rasa teringin jugak nak niaga, tapi nak jual apa ye? Kalau kita buat business yang tidak dibuat oleh orang lain. Kita monopoli pasaran. Kalau nak buat business sama macam orang lain, kita kena bersaing. Aku ni lemah semangat sikit. Kalau lama sangat nak untung, tak syok. Untung biar banyak, modal biar sikit, kaya biar cepat.

Hah ... ku dah dapat idea. Business ni orang tak buat lagi.
Tapi korang jangan tiru. Ini idea aku. Sapa ciplak ... gua saman. Nak cop trademark kat business ni sebelum orang lain buat.

PROJEK JUAL TOPENG !!!

http://www.partydomain.co.uk/d-commerce/media/04_24822.jpg

Aku cadang nak jual topeng kat mahkamah. Siapa pesalah yang malu dan tak der maruah tu. aku Offer topeng harga murah. Ndak tak ndak, diorang terpaksa bayar kalau takut malu. So .. bayangkan kalau 1 topeng harganya RM10.00, 10 topeng aku dah ada RM100.00.

Itu satu mahkamah. Kalau ada 10 mahkamah dengan jumlah perbicaraan yang serupa, aku dah ada RM1,000 satu hari. Kalau perbicaraan 24 hari sebulan, aku dah ada RM24,000 sebulan.....wakakakak aku kaya !!!

Pada siapa yang nak tukar tukar topeng .. aku bagi diskaun. Hari pertama topeng BUSH, hari kedua TOPENG CLINTON ... wakakakk . AKu kaya.

Bayar tax 15%, aku masih ada untung RM22, 800.00. Tolak upah, franchise, dealer, agen, supplier. Dapat untung RM5,000 pun dah kira ok.

Sebelum nak buat business, kena ada kertas kerja. Contoh contoh kena ada dalam working paper. Baru ada ummmpppp.. mana nak cari model? Takan sirul ngan azila nak jadi model aku. Nak kena bayar berapa sen?

Kalau aku offer RM1 juta takan dia nak terima sebab mungkin orang lain offer diorang lagi mahal. Hishhh ... susahnya...... Kena cari business lain la.

3 comments:

nizamPKR said...

wak ! Buat topeng gambar Najib. Biar orang Mongolia ingat kita bicarakan Najib, tapi sebenarnya Azila dan Sirul.

Mesti orang caya pada kita nanti.

mountdweller said...

saya rase wak buat topeng lanun akan laku wak, sebab lanun sekarang berdarjat tinggi. Sebelum jadi lanun kena jadi menteri dulu.... lanun kebal dari undang-undang kat negara ini. Sapa tidak bangga jadi lanun.

armouris said...

wak, idea baik ni...patutnya jangan cakap kat orang dulu...

macam2 muka boleh buat ni, muka alien, muka kartun haha...

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Bait al-Amin
Alat Cegah Kehamilan Makin Canggih
Your Guide to Better Sleep

Posting terkini

Blog Archive