KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 19, 2008

Razak Baginda temui wartawan Khamis

Selepas tiga minggu dibebaskan, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda dijangka akan menyatakan pengalaman 22 bulan berada di dalam penjara pada sidang media pertamanya berhubung pembebasan beliau daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Khamis ini.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh anaknya, Rowena, 21, melalui email kepada mStar Online, hari ini.

Beliau berkata, sidang media tersebut akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Razak sepatutnya mengadakan sidang media pada 6 November lalu pada masa dan tempat yang sama namun membatalkannya di saat-saat akhir.

Pada hari yang sama, Rowena mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas pembatalan sidang media tersebut.

Dalam kenyataannya itu, Rowena berkata, bapanya sedang menyesuaikan semula kehidupan sebagai seorang yang bebas selepas dipenjarakan hampir dua tahun dan ternyata penyesuaian itu mengambil sedikit masa.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Razak berhubung pembebasannya itu telah dilakukan sejak hari beliau dibebaskan namun beliau enggan berbuat demikian.... selanjutnya.
JAK !!!! Lepas ni mai la jumpa bloggers lak. Raja petra mesti minat nak jumpa tu ... wakakaka

1 comments:

rasaBijak said...

cheh.. pengalaman masuk lokap pun mau cerita dekat worang.. hilang akal apa razak nii..


.

Posting terkini

Blog Archive