KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Piala Sultan. Show all posts
Showing posts with label Piala Sultan. Show all posts

Jun 19, 2008

10 Ribu Tiket FREE untuk pelajar tonton Konsert

idrisahmad - Dalam keadaan semua orang bercakap mengenai keruntuhan akhlak dan moral maka tiba-tiba berita 10 ribu tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah Selangor menonton konsert yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2008 oleh pihak penganjur.(Utusan Malaysia 19hb Jun 2008).

Apakah ini modal insan yang kita hendak lahirkan. Apakah ini rupa paras remaja sekolah yang kita hendak bentuk?. Sudah cukup Umno/BN menjahanamkan remaja dan belia melalui budaya yang tidak membangunkan intelektual dan jati diri rakyat negara ini.

Tiba-tiba kita pula meneruskan pula budaya ini maka hasilnya sama sahaja. Nanti keuntungan dan hasil mahsul negeri yang melimpah ruah ditarik oleh Allah SWT untuk mengubat penyakit remaja dan belia yang rosak, kerana meniru modul yang Umno/BN telah lakukan.

Allah boleh tarik nikmat dengan sekelip mata sahaja. Contohnya kerajaan BN/Umno sudah membelanjakan wang RM2.37B untuk PLKN kononnya bagi merawat masalah belia remaja di negara ini. Apakah kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.... selanjutnya.

Piala Sultan ... Ella jadi ke?

Diorang belum habis meeting. So aku tak mahu campur tangan. Kita tunggulah keputusan. Kalau nak demo pun buang masa. Kalau ada akai .... tentu keputusan nya baik.



imej oleh alalalan

Pasai demo lagi

matsamankati - [...] Konsert masa lawan bola tu depa buat tiap-tiap tahun. Pasai apa masa Umno buat, Pemuda Pas tak protes? Pasai apa la ni baru protes? Jom heboh yang Mufti Perak kata haram tapi TV3 buat jugak, Pas tak protes. Konsert ni mufti pun tak berani kata apa, pemimpin Pas pun tak berani kata apa, tapi Pemuda dah protes? Dan orang yang suruh protes, semua menyorok! Suruh budak-budak buat demo, depa hilang!"

Aku ternganga sampai padam puntung rokok. Politik apa yang Pak Nawi cerita pun aku tak paham.

"Sama ada konsert tu berjalan atau tidak, Pas sudah terperangkap. Kalau dibatalkan, ramai orang akan marah kat Pas. Kalau diteruskan, imej Pas sudah tercalar. Kalau Pas join Umno, maka konsert dan segala macam hiburan, Pas tak kan setuju. Hang ingat Umno suka? Orang Umno kalau tak dak hiburan, meleleh air liur. Kalau Pas tak lawan dan biarkan Umno meneruskan hiburan, Pas hipokrit!

La ni Pas nak buat apa? Nak teruskan demo? Apakah isu konsert itu lebih besar dari penyelewengan Umno? Orang yang nak masuk Umno tu dah tersepit sekarang. Orang akan kata, Umno yang depa kutuk tu depa boleh terima, tapi konsert yang kecil ni depa tak boleh terima. Umno rasuah bilion-bilion, Pak Lah pegang lengan Michelle Yeoh, dulu canang keliling kampung. Tak kan la ni dah OK kot?... selanjutnya.

Mana yang perlu dikorbankan?

Islam dan politik ... mana yang perlu di korbankan.

Aku tak hairan kalau rakyat Malaysia bertelagah tentang konsert yang akan di adakan sebelum Piala Presiden. Memang ini sudah di jangka dan kerana itu lah juga tujuan kuasa dan tanggung jawab itu di berikan kepada sesetentengah orang. Bukan benda baru. Dah beratus tahun kita di jajah. Hendak berubah sekelip mata bukan mudah. Yang sokong tak tau punca, yang sokong tak tentu arah dan yang keliru mana nak sokong.

Kalau PAS hendak kan majoriti sokongan, setuju saja dengan konsert itu, tapi kalau PAS benar benar takut pada Allah swt, ianya perlu dihentikan. Berjuang setakat yang mampu kerana negara kita ni dah rosak dengan politik. Ada orang tak tahu nak bezakan antara politik dan Islam, Islam dan politik. Menggunakan Islam untuk politik dan menggunkan politik untuk Islam.

Aku tak hairan kalau ada orang yang marah kalau pertunjukan itu di batalkan. Kita celebrate dulu ..... Yam Sengggg !!!!!





Orang kata kalau tak der hiburan dan arak, negara tak maju ... betul ke?

Jun 18, 2008

Dewan Pemuda Pas Hanya Mempertahankan Maruah Dirinya

msomelayu - [...]


KONSERT ITU DIADAKAN SEMPENA PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SULTANSELANGOR....IA DIADAKAN SEBELAH PETANG SBLUM PERTANDINGAN BOLASEPAKBERMULA...CARA SUADARA TULIS SEOALAH OLAH KONSERT ITU AKAN DIADAKANPADA MALAM MENYAMBUT 100 TAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT. HALLOBRADER....SAYA HARAP SUADARA TAK JADI MCM ROSLAN SMS TU....JANGANLAHMENAMBAH KEBENCIAN ANAK ANAK MUDA KEPADA PAS...
Terima kasih kepada sdr Rouslan atas ralat itu. Tidak sesekali niat saya nak menimbulkan kebencian anak muda kepada Pas. Tetapi sdr dan sesiapa juga kena faham dan mengerti bahawa Pas berbeza dengan DAP dan PKR. Pas ada prinsip dan dasar perjuanganya sendiri. Teras perjuangan Pas ialah Quran dan Hadith.

Saya percaya anak muda yang bersama Pas mereka yang memahami dasar-dasar Pas. Apapun kerana timbul kekeliruan di kalangan anak muda tentang dasar dan prinsip Pas ini kerana sikap pemimpinnya yang cuba mengubah perinsip dan dasar ini perlahan-lahan.

Kerana inginkan kuasa dan sokongan Pas bersedia membuka dirinya untuk disesuaikan dengan keadaan. Bersikap liberal dalam perjuangan tidak menjadi masalah, tetapi kalau sampai mengadaikan prinsip ia memalukan.

Dalam hal ini baik Roslan SMS, Pemuda Pas Selangor, Dewan Muslimat yang membantah konsert berkenaan kerana mereka ingin kekalkan identiti Pas sebagai harakah dan siasah Islam. itu sahaja.... selanjutnya.

Apabila Manusia Semakin Jauh Dari Islam

ciklee
Peristiwa Pertama :
Seorang wanita, sedang riang-ria mandi di pantai bersama rakan-rakan. Tiba-tiba terasa dirinya semakin jauh dari pantai dan tiba-tiba dihempas ombak yang semakin ganas. Sedar-sedar dirinya sudah tercungap-cungap akibat tertelan air masin yang semakin banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Tangannya mengapai-ngapai kelemasan, terasa kakinya tidak terpijak oleh pasir di dasar laut. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang mengapai kepalanya dan perlahan-lahan dia mula dapat bernafas sedikit selesa. Akhirnya dia selamat di bawa ke tepi, dan mula dapat mengatur pernafasannya. Tiba-tiba dia terus menampar orang yang menyelamatkannya dan memaki-hamun orang yang telah berjasa kepadanya tadi.

Peristiwa Kedua :
Seorang buta berjalan-jalan dengan tongkatnya. Meraba-raba mencari arah untuk meneruskan perjalanannya. Lalu dia hampir termasuk ke dalam sebuah lubang yang dalam tanpa disedari. Lalu datang seorang pemuda melihat lalu menjerit. Dilihat seolah-olah orang buta itu tidak sempat mendengar arahannya, beliau meluru dan menolak orang buta tersebut ke tepi. Jika terjatuh ke dalam lubang itu, sudah tentu orang buta itu akan mengalami kecederaan yang agak parah. Tetapi, akibat perbuatan pemuda tadi orang buta itu sedikit luka. Oleh itu, kemarahannya tiba-tiba sahaja memuncak. Bukan lagi ingin berterima-kasih kerana memberitahu akan menyelamatkannya dari lubang tersebut, tetapi dijerit dan dimakinya pemuda yang telah menyelamatkan tadi kerana merasakan perjalanannya diganggu.

Mungkin kita tidak nampak perkaitan antara perkara pertama dan kedua. Tapi apabila kita melihat ulasan ini mengenai bantahan konsert Ella dan Mas Ayu kita boleh melihat perkaitannya. Kata-kata yang diulas oleh bekas seorang pengetua Akademi Fantasia yang berjaya menghasilkan ramai alim-ulamak dalam bidang seni dan nyanyian. Yang menjadi kegilaan kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ramai lagi.... selanjutnya.

Nasib baik bukan Planet Hollywood

penarikbeca - [...]

(Ihsan Malay Mail)

Kepada Freddie Fernandez, since you do not know anything about having some respect to other people's religion, you are the one who "should go live in a cave" and dont poke your nose in our religious issue. I dont give a damn if you dont like our religion and its dos and donts. But, keep your filthy mouth shut! Tentang Roslan Aziz, saya tak perlu tambah apa-apa. Orang lain dah tulis banyak dah.... selanjutnya.

Apa pendirian Sallahuddin mengenai konsert Ella dan Mas Idayu?

msomelayu - SEHINGGA jam 4:00 petang ini saya masih belum dengar atau terbaca dalam mana-mana blog mengenai komen atau kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas,Sallehudin Ayub (foto) berhubung konsert yang akan menampilkan Ella dan Mas Idayu (goyang politik), yang akan diadakan pada 6 Julai hadapan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor khabarnya telah menghantarkan memorandum membantah konsert yang akan menampilkan dua penghibur itu atas alasan ia boleh mengundang keruntuhan moral. Sehubungan itu Dewan Pemuda Pas meminta agar kerajaan Selangor mengkaji balik akan kesesuaian konsert berkenaan.

Ternyata bantahan Dewan Pemuda Pas itu menimbulkan berbagai reaksi dan bingkasan tidak senang dari berbagai pihak. Ia juga dengan mudah telah dieksploitasikan oleh pihak tertentu untuk melagakan Pas dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus melagakan Pas dengan pihak istana.

Mereka yang tidak senang dengan kerajaan Pakatan Rakyat akan mencari helah dan alasan bagi memburukkan keadaan. Konsert itu telah dijadikan umpan yang cukup baik bagi menimbulkan suasana keruh yang akhirnya meretakan paduan Pakatan Rakayat. Sebuah akhbar yang terang-terang tidak mesra Islam (Pas) telah memainkan isu ini seluasnya bagi meretakkan hubungan Pas dengan rakan Pakatan Rakyat.
... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive