KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Apa pendirian Sallahuddin mengenai konsert Ella dan Mas Idayu?

msomelayu - SEHINGGA jam 4:00 petang ini saya masih belum dengar atau terbaca dalam mana-mana blog mengenai komen atau kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas,Sallehudin Ayub (foto) berhubung konsert yang akan menampilkan Ella dan Mas Idayu (goyang politik), yang akan diadakan pada 6 Julai hadapan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor khabarnya telah menghantarkan memorandum membantah konsert yang akan menampilkan dua penghibur itu atas alasan ia boleh mengundang keruntuhan moral. Sehubungan itu Dewan Pemuda Pas meminta agar kerajaan Selangor mengkaji balik akan kesesuaian konsert berkenaan.

Ternyata bantahan Dewan Pemuda Pas itu menimbulkan berbagai reaksi dan bingkasan tidak senang dari berbagai pihak. Ia juga dengan mudah telah dieksploitasikan oleh pihak tertentu untuk melagakan Pas dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus melagakan Pas dengan pihak istana.

Mereka yang tidak senang dengan kerajaan Pakatan Rakyat akan mencari helah dan alasan bagi memburukkan keadaan. Konsert itu telah dijadikan umpan yang cukup baik bagi menimbulkan suasana keruh yang akhirnya meretakan paduan Pakatan Rakayat. Sebuah akhbar yang terang-terang tidak mesra Islam (Pas) telah memainkan isu ini seluasnya bagi meretakkan hubungan Pas dengan rakan Pakatan Rakyat.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive