Radenjowo
Dari semalam aku tunggu depan komputer kalau kalau ada berita yang baik. Pagi pagi lagi aku dah pergi bersiar siar berjumpa kawan cerita kecoh tentang isu SAPP yang dijangka lompat parti. Bila jam 2.00 ptg, hati dah berdebar debar. Maka yang mamat mamat di Shout Box pun dah tak boleh bertahan lama. Yang nak kencing, kena tahan kencing. Yang nak kentut, kena tahan kentut dan yang disuruh isteri beli barang, tangguh dulu.
Tepat jam 2.00 ptg, ada kawan kawan yang suruh tunggu depan TV. Tapi aku tak yakin kerana sepanjang umur hidup aku, tak pernah aku lihat berita segera tentang permasalahan kerajaan disiarkan terus menerus. Kalau ada pun mungkin dunia dah nak kiamat atau BN dah hilang akal. Diorang pasti sorok, sama seperti keputusan pilihanraya PRU ke 12 lepas. Kira siap jam 10.00 malam, siarkan esok pagi.
Bila berita tersiar, aku hampir pecahkan kepala. Kerana harapan aku hancur berkecai. Ingatkan SAPP yang 4 kerat tu akan memeranjatkan dunia politik tanah air, tapi rupanya mereka cuma mewartakan tujuan mereka untuk membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan PAK LAH pada hari Isnin depan di Persidangan Parlimen. Tapi tak ape .... lebih ramai yang akan angkat tangan di Parlimen nanti kerana disana lebih selamat berbuat begitu.
Tindakan sebegitu memang merbahaya. Tabik spring wak berikan pada mereka berdua. Antara jadi atau tidak. Mungkin ketika ini, mereka tidak sudah hilang dari Sabah dan menyorok entah kemana. Kalau nak menebeng muka kat kedai kopi dah sah nyawa dihujung tanduk. Kalau ikut cerita, memang menakutkan. Macam jalan atas C4. Silap langkah, badan boleh meletup, tubuh boleh berkecai. Itu kalau cerita tentang diri sendiri, bagaimana pula dengan keluarga dan rakan rakan rapat? Memang bukan mudah. Tak caya tanya orang politik sana. Kalau ugut mengugut usah cerita. Dah jadi mainan.
Kita baca lapuran sedikit tentang peristiwa yang berlaku tadi .....
In the coming sitting of the Parliament session on Monday, its two Members of Parliament will support a vote of no confidence against the Prime Minister, the party said.Kita yang mengharap perubahan berlaku harus mendoakan agar semuanya berjalan lancar. Tidak akan berlaku sebarang insiden yang pelik pelik. Maklumlah ... dalam dunia politik ni, ada orang yang sanggup buat apa sahaja. Tak dapat terang, gelap. Tak dapat gelap, samar samar.
Whether its MPs table the vote of no confidence, or whether other MPs will do it, would be determined in due course, it said in a statement.
SAPP’s two MPs are Datuk Eric Enchin Majimbun (P171 Sepanggar) and Datuk Dr Chua Soon Bui (P190 Tawau).
The party also has four state representatives.
The statement was read out by Dr Chua and signed by Majimbun, who was overseas on official duties. He will be back for the Parliament sitting next Monday, June 23.
The statement listed four areas of dissatisfaction with Abdullah's premiership:
1) That no concrete action had been taken on the issue of illegal immigrants, despite repeated requests by SAPP and other Barisan component parties;
2) That the government had offered no holistic economic solutions to cushion the blow of the sudden hike in fuel prices, which had greatly burdened the people and threatened further hardcore poverty;
3) That not enough attention had been paid to issues raised by the people of Sabah -- poor delivery systems, corruption, wastage, lack of transparency and accountability -- and that SAPP would have failed in its duty as elected representatives if these issues continued to be ignored; and
4) That the people have lost confidence in Abdullah, and that if he can't perform, he should step aside and make way for another leader to take over. - jeremytuah
Jangan terkejut kalau pada hari Isnin nanti .. mereka yang sepatutnya datang, tapi tak hadirkan diri. Orang cari kemana pun masih tak jumpa. Sedangkan hari penamaan calun pun ada calun yang pergi bercuti tanpa berpesan. Hilang kan diri dengan anak bini. Ini kan pula tentang peralihan kuasa. Namun ... nak aku bagi tau, rakyat menyokong tindakan seperti ini.Tapi ....... Korang ingat Musa Aman akan duduk diam?
2 comments:
kalau usul tidak percaya itu dibuat secara SULIT kat Parlime, mampuih Pak Lah... hehehe
eden syor buat secara sulit... baru gempak
SETUJU KE WAK???
setuju che din ... lepas tu dia penin cari sapa yang tak suka dia ... wakakakaka
Post a Comment