KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Kenapa Abdullah pilih Anwar

sangkelembai - [...] Tunku meletakan jawatan selepas Tun Razak Hussein di akui diterima oleh ahli UMNO, Tun Husseein Onn juga meletakan jawatan setelah kesemua Naib Presiden UMNO dirundingkan dan menerima Tun Dr Mahathir Mohamed dan begitu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan satelah dia merasakan Abdullah Hj Ahmad boleh mengambil tanggung jawab bagi meneruskan kesemua program yang dirancang.

Sebenarnya orang-orang di luar komuniti UMNO, sangat mengalu-alukan kenyataan Abdullah Hj Ahmad itu, dia memberikan andaian bahawa ada kebenaran bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah berpakat dengan Anwar Ibrahim untuk kerajaan ini berpindah kepada Pakatan Rakyat atau kerajaan campuran di peringkat Persekutuan dan UMNO hanya menjadi parti serpihan memerintah hanya Terengganu, Melaka dan Johor sahaja atau Sabah jika Ketua Menteri tidak melompat. Tetapi rasanya dia akan melompat apabila kepentingan sudah tidak terjamin atau Kerajaan Federal yang baru memberi jaminan kepentingan tidak diganggu.

Melihat senario hari ini, apakah yang ditakuti oleh Abdullah Hj Ahmad, jika dia mempunyai latar belakang agama, sudah pasti dia lebih mengetahui hukum dan hakam pemimpin sepertinya dari sudut agama, Tetapi ada perkara lain dari Allah yang di takuti oleh Abdullah Hj Ahmad. Apakah perkara itu? Perkara tersebut adalah perniagaan anaknya yang sudah mencecah nilai RM5 Billion

Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan seperti mana pendahulunya yang pernah menjadi Perdana Menteri, di mana anak-anak, kaum kerabat dan menantu tidak mencari keuntungan dari jawatan itu dan mengaut perniagaan yang bukan haknya, maka sudah tentu terlalu sukar mencari seorang pengganti yang boleh memastikan dan menjamin segala urusan perniagaan anak tidak terganggu dan di ganggu.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive