KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Wang royalti yang disekat dan tertunggak hendaklah dikembalikan - Tengku Seri Paduka Raja

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/kuduka1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Penasihat MAMPAT, Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah menuntut pihak yang menyekat royalti minyak kepada rakyat dan kerajaan

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti yang dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) disini, Sabtu lalu.

Terengganu, bukan sahaja mengembalikan royalti tersebut, bahkan memulangkan kembali wang royalti yang telah disekat dan tertunggak.

Beliau berkata negeri Terengganu layak menerima royalti berasaskan kepada perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Beliau berkata perjanjian itu antara lain menyebut dengan jelas bayaran tunai sebanyak lima peratus perlu dijelaskan oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu dan bayaran pertama telah diterima oleh kerajaan Terengganu pada tahun 1988 sebanyak RM 40 juta.

Beliau berkata jumlah royalti tersebut terus meningkat dari setahun ke setahun sehingga Terengganu dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’ pada sekitar tahun 1990-an kerana hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu ... selanjutnya.

1 comments:

rmj said...

Semasa PAS memerintah Terangganu,mereka di inaya di tarik wang royalti yang diperuntukan,mereka berusaha menuntut wang itu di kembalikan,tapi puak puak ini tak memberi sokongan.

Sekarang baru mereka faham,dan mula mempertikaikan.,sebab ada kepentingan,dengan harapan boleh dapat habuan.

Posting terkini

Blog Archive