harakahdaily - Ramai penonton dan peminat setia rancangan Hujah yang biasa disiarkan jam 9.30 malam Selasa kecewa dan terkejut kerana siaran tersebut diganti dengan Bicara Media.
Penulis yang setia menanti rancangan tersebut turut terkejut lantas mengubah siaran ke RTM1 dan NTV7.
Semuanya mempaparkan rancangan yang sama, Bicara Media membincangkan isu minyak yang dipengerusikan Dato' Johan Jaafar.
Tanpa berlenggah penulis terus menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Penerangan PAS, YB Mahfuz Omar; "Mengapa Hujah tiada?" Mahfuz dengan ringkas membalas, 10.30 pm.
Fikiran penulis mula bersoal jawab mengapa dialih waktu siaran. Apakah kerajaan kena 'tibai' teruk oleh Mahfuz. Apakah Mahfuz berjaya menguraikan dengan lebih tepat bahawa kenaikan tidak sepatutnya berlaku kerana negara memperolehi pendapatan tinggi kesan daripada kenaikan harga minyak?
Sementara menanti siaran Hujah, penulis terpaksa menahan telinga menonton Bicara Media. Apa yang menyakitkan hati apabila wakil akhbar langsung tidak menghuraikan soalannya dengan baik. Bertambah sakit hati Bicara Media diulang tayang di TV3 jam 11.00 malam.
Mungkin kerajaan sudah tertekan dengan desakan dan bantahan daripada rakyat. Rakyat yang semakin cerdik sudah tidak percaya dengan jawapan daripada pihak kerajaan berhubung alasan menaikkan harga minyak.
Sembang santai selepas menonton rancangan tersebut bersama Mahfuz melalui talian telefon bimbit, beliau yakin sudah tentu ada agenda terancang supaya kali ini rakyat akan melepaskan marah kepada Petronas.
Sebab itu katanya, kerajaan terpaksa memperalatkan Tan Sri Hassan Merican untuk menyakinkan rakyat mengapa harga minyak petrol dan diesel perlu dinaikkan. ... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
21 minutes ago
0 comments:
Post a Comment