harakahdaily - Hubungan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dengan beberapa 'orang penting' Umno di Negeri Sembilan didakwa mula retak berikutan beberapa perkara yang menyebabkan mereka tidak sehaluan lagi.
Sumber mendakwa, keretakan itu bermula sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 lagi, namun ia tidak kelihatan kerana ketika itu Umno/BN terdesak untuk memastikan Negeri Sembilan terus menjadi benteng mereka.
Kehilangan 15 kerusi yang sebahagian besarnya di kawasan bandar dan campuran menyebabkan Umno Negeri Sembilan mula 'goyah' dan ada pihak yang mula menyalahkan satu sama lain.
Tidak kurang juga ada yang menyalahkan 'perancangan' PRU-12 yang kononnya dibuat oleh menantu Perdana Menteri tanpa memikirkan pandangan 'orang lama' Umno di Negeri Sembilan.
Namun, sumber yang juga orang Negeri Sembilan mendakwa keretakan hubungan itu dapat dilihat dalam satu program bersama rakyat di salah satu kawasan di Rembau baru-baru ini. ... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
4 minutes ago
0 comments:
Post a Comment