KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Petronas sebenarnya ...

Termasuk aku, mungkin ramai yang tidak tahu apa kah fungsi penubuhan Petronas. Nah korang baca ni dan pahamkan sebenar benarnya....

hids.arkib
Pada hari ini dalam tahun 1974. Petroleum Nasional atau PETRONAS telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965. Kemudian pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di Parlimen. Akta ini telah meletakkan hak Petronas kepada ke semua hakmilik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara dan menjadikan Petronas bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi kepentingan negara1. Di samping itu, Akta Kemajuan Petroleum ini juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum Negara yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan petroleum dan petrokimia. Akta ini juga memberikan kuasa kepada Petronas memproses, menapis petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil tersebut seiring dengan lain-lain syarikat minyak antarabangsa.

Petronas mula menjalankan operasinya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato'Onn sebelum berpindah ke Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YM Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah telah dilantik oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini.

Matlamat utama penubuhan Petronas boleh digariskan seperti berikut:-
  1. Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.
  2. Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.
  3. Untuk menyertai secara aktif dalam pengusaha hasilan petroleum dan memasar serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
  4. Untuk memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan.
  5. Untuk menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan.
  6. Untuk menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrgjen.
  7. Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.
Sehubungan dengan matlamat tersebut, Petronas telah menjalankan rundingan mengenai perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikatsyarikat minyak dan dengan itu telah menamatkan sistem konsesi minyak. Sehingga hari ini Petronas telah menandatangani tujuh perjanjian perkongsian pengeluaran, tiga dengan Syarikat Esso dan tiap-tiap satu dengan Sarawak Shell, Sabah Shell, Carigali BP dan Elf Aquitaine.

Dengan tertubuhnya Petronas, kerajaan akan dapat menentukan bahawa rakyat dan negara ini mendapat manfaat yang besar dari kekayaan hasil bumi negara.
Itu dulu .... mungkin sekarang berubah. Siapa tahu? Kerana petronas di letak di bawah bidang kuasa Perdana menteri ... ini buktinya
PETRONAS yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (SOE) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti upstream. - ktak.gov
Kalau tiba tiba manusia berubah hati...macam macam boleh jadi. Dan bila ada ciri ciri pentingkan diri sendiri maka sehingga sekarang AKTA itu tidak diubah.

p/s malam tadi di adakan sessi soal jawab Tan Sri Hassan Merican [CEO Petronas] dengan wartawan di TV9 dan bila di tanya tentang ketelusan lapuran audit Petronas, beliau tergagap gagap apabila persoalan tentang lapuran yang masih tidak telus kerana setiap lapuran terpaksa di serahkan kepada PM.....namun isu ini di potong oleh Johan Jaafar, selaku pengerusi rancangan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.....subjektif sangat

Posting terkini

Blog Archive