KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Contohilah rakyat Malaysia

Kalau korang tanya aku pasal bahasa Siam .... apa yang aku tahu adalah Sawadikap, Tomyam, Padprik, dan Lai lai Katong. Yang lain, aku minta ampun.

Aku nak sound sikit pada orang Thailand pasal politik diorang. Kalau tak pandai politik jangan main politik. patutnya Thailand ambil contoh Malaysia. Politik kitorang hebat bagai nak rak ... kenapa aku cakap cam ni?

Hah korang baca berita ni ...

Parti pembangkang Thailand hari ini membentangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Samak Sundaravej, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas kerajaan beliau yang didirikan empat bulan lalu.

Parti Demokrat mahu menyoal Samak dan tujuh anggota Kabinetnya berhubung prestasi mereka setakat ini.

Usul itu dikemukakan selepas kesatuan-kesatuan sekerja firma kerajaan mengancam untuk menyertai protes jalanan bagi menuntut Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

“Walaupun baru empat bulan, kerajaan Samak telah menyebabkan kerosakan besar terhadap negara ini kerana ketidakcekapan dan perpecahan,” menurut usul itu.

Salah satu aduan utama Parti Demokrat terhadap Samak ialah bertindak sebagai proksi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang diharamkan menyertai politik selama lima tahun mulai 2007. - Utusmeloya
Thailand sepatutnya contohi rakyat Malaysia. Dah di bodohkan 4 tahun pun, masih boleh bersabar. Kalau ada orang Thailand yang baca artikel ni .... nasihat aku ...... Jangan jadi macam kitorang. Minyak dah naik, baru naik minyak.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive