Kenapa Berdalih Dedahkan Perbelanjaan Keuntungan Petronas?
anwaribrahimblog - [...] Ini bukannya permohonan baru, tetapi sudah tertangguh sekian lama.
Saya di Pulau Pinang pagi Isnin kelmarin dan tidak dapat mengikuti prosiding mahkamah.
Kebetulan semalam saya sempat mengikuti bahagian akhir temuramah bersama Tan Sri Hassan Merican, ketua eksekutif Petronas di televisyen.
Jika dirujuk rencana saya di blog sebelum ini, diakui tahap pengurusan Petronas yang membanggakan. Saya dapat sahkan hal sedemikian selaku mantan Menteri Kewangan termasuk usaha mereka menangani tekanan politik ketika itu. Malah saya sedia maklum betapa pihak pengurusan sering saja mengeluh kesal manaka terdapat tekanan politik dalam kontrak dan bailout!
Seharusnya Petronas membedakan peranan mereka memikul amanah dengan kecaman rakyat terhadap kelembapan, dan rasuah dalam pengurusan ekonomi Kerajaan.
Apakah bermasalah buat rakyat menanyakan bagaimana hasil khazanah negara sebanyak lebih 500 bilion ringgit dibelanjakan?
Apakah janggal bagi kita menuntut agar Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak hanya kepada PM?
Kita mampu berhujah cara korporat, pakar ekonomi atau pemimpin politik, tetapi kita juga harus membuat perkiraan bagaimana seorang pekerja, pegawai rendah atau peladang yang punyai pendapatan RM1500 sebulan menyara hidup keluarga dengan harga minyak dan barang melambung seperti sekarang?... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment