kiriman mamatchokia
Saya turut mengalami masalah pada streamyx baru-baru ni.
agak panjang artikel ni..
Sejak 4 Julai 2008 yang lalu saya mengalami gangguan pada sambungan
Streamyx yang asyik putus-putus sejak modem terdahulu (Riger) yang
dibekalkan oleh TMnet telah terkena kilat pada 5 Mei 2008 lalu yang
menyebabkan ianya mengalami kerosakan. Kemudian pihak TMnet telah
menggantikanya dengan modem lain berjenama Billion. Pada peringkat
awal penggunaanya, saya tidak menghadapi, tetapi ianya semakin hari
semakin melembabkan akses saya ke talian internet.
Saya yang telah membuat aduan ketalian 100 yang pada mulanya mendapat
respon yang kurang menyenangkan daripada pihak TMnet bilamana pihak
egen yang diberikan tugas untuk mengenalpasti masalah sambungan yang
sering terputus-putus ini telah tidak menjalankan tugas dengan baik
dan GAGAL mengenalpasti masalah yang berlaku.
Dari sehari ke sehari, saya cukup sabar menunggu dan membuat laporan
ke talian 100, namun tindakan pihak TMnet yang sekadar mengambil
laporan dan sering berjanji untuk menyelesaikanya dengan segera
masalah, namun masih tidak lagi selesai. Kemuncaknya berlaku pada 16
Julai 2008 (semalam) bilamana saya yang telah mengadu hal kepada 2
orang Pengurus TMnet dan lebih daripada 10 operator telah memberi kata
dua kepada mereka samada menyelesaikan masalah gangguan pada sambungan
saya dalam masa 24 jam atau saya melaporkannya kepada pihak atasan
ataupun melalui akhbar.
Tak sampai 2 jam lepas tu, isteri saya memberitahu bahawa 10 orang
yang terdiri daripada kakitangan TMnet dan Telekom Malaysia berada di
rumah saya. Nak tau apa yang diaorang buat...?
Pegawai TMnet Center menghubungi saya pada hari itu, tak kurang 5~6
kali untuk memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja berjalan
dengan lancar.
Telekom Malaysia menggantikan tiang telefon yang senget dengan tiang
yang baru pulak tu. Kemudian mereka ganti kesemua "drop wire" dari
"main line" terus ke rumah saya...bagus la tu..walaupun saya tak
minta.
Manakala TMnet pula membuat pemeriksaan modem di dalam rumah
saya...then membuat pemeriksaan di "port" yang kemudiannya mereka
dapati ada berlaku kesilapan di dalam sambungan pada "port".
Sepatutnya saya dapat sambungan "fiber" dan bukannya "copper". itu
semua mereka dah betulkan..heh..heh..
Kemudian pagi ini (17 Julai 2008), seawal jam 9:30 pagi pula, agen
TMnet menghubungi dan saya untuk menggantikan keseluruhan unit modem
di dalam rumah iaitu modem, splitter dan LAN cable yang baru...
Kemudian bila saya pulang dari kerja saya terus test sambungan
streamyx...Wow...macam tak caya pulak...semuanya serba baru dan
sambungan ke streamyx bukan sahaja tak putus-putus lagi, malahan lebih
laju dari yang biasa....Hari ini je...pegawai TMnet telefon sebanyak 2
kali untuk memastikan saya berpuas hati dengan apa yang telah mereka
lakukan selama 2 hari itu.
Walaubagaimanapun beliau berjanji untuk follow-up beberapa hari akan
datang untuk memastikan tidak ada lagi sambungan terputus-putus.
Harap-harap lepas ni tak ada masalah lagi. Syabas dan sekalung tahniah
dan terima kasih kepada mereka (pekerja) yang telah menyelesaikan
masalah saya ini.
Jul 20, 2008
Streamyx Sial [3]
Labels: Streamyx
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 19, 2008
Cara nak elakkan STREAMYX terus SIAL
Rujukan artikel : Streamyx macam sial
Ini email dari rakan kita yang perihatin .... Terima kaseh Mankama
Assalamualaikum Tuan Raden,
Saya tertarik dengan kisah streamyx didalam blok saudara, kerana saya juga pernah mengalami masalah lebih kurang sama.Semasa memohon streamyx dan selepas diluluskan saya menunggu hampir sebulan barulah perkhidmatan streamyx saya dapat diaktifkan, punca tiada port kosong untuk penyambungan setelah berkali telefon membuat follow-up email dan sebagainya tetapi jawapan sungguh mengecewakan, jawapan yang diterima saya terpaksa menunggu pemasangan port baru yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan, dan alasan lagi pemasangan port dibuat oleh Telekom bukan pehak streamyx.
Kebetulan anak saudara saya yang bekerja di kementerian tenaga dan telekomunikasi datang kerumah, sambil bersembang tu saya berceritalah masalah saya, dia meminta saya emailkan masalah saya ke emailnya, kemudian email itu di forward kan ke pejabat besar Telekom di KL, yang kebetulan kawan dia. Selang sehari sahaja saya mendapat telefon dari pehak streamyx menanyakan masalah saya, pelik dulu dah bagi tau masalah, sekarang tanya lagi. Selepas 2 hari pengaktifan streamyx dapat dilakukan, lagi pelik kata port tak ada, tapi sekarang ada.cuma orang malas je yang banyak beri alasan.....
Kepada Azizxxxx@gmail.com. hantarkan masalah anda ke :-
- RAHIM BAIN -
Govt. Liaison & Industry Affairs
Group Regulatory, Legal & Compliance
Telekom Malaysia Berhad (128740-P)
Office: 03 2240 7007 : Hp: 013 342 3971
Email: arahimb@tm.com.my
atau terus membuat lapuran di kementerian tenaga dan telekomunikasi (KTAK) didalam lawan webnya.
sekian, wasalam.
Mankama.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 18, 2008
Streamyx macam sial
Ini email yang diperolehi dari pelayar no2umno ......
Saya alami masalah kewangan, Streamy tertunggak dan setelah dapat wang, saya pun membuat pembayaran. Sebelum ia di potong, saya ke Public Bank dan memasukan jumlah tunggakan sebanyak RM350.00. Setelah di bayar, selang sehari, streamyx saya tetap di potong.
Saya menalipon terus menalipon 1300889515, bahagian penyambungan semula. Setelah penerangan di buat, saya mendapati mereka telah tahu status pembayaran wang yang saya masukkan pada hari semalam. Mereka menjelaskan jumlah dan waktu, wang itu dimasukkan. Mereka turut mengaku bahawa pemotongan di buat selepas pembayaran. Dan saya meminta mereka untuk membuat penyambungan semula.
Panggilan itu saya buat pada hari Selasa, jam 3.00 petang. Selepas itu mereka berkata bahawa penyambungan akan dibuat di dalam tempoh 24 jam.
Belum selesai tempoh waktu itu, saya menalipon mereka pada keesokan harinya, di sebelah pagi, untuk kepastian. Pegawai bertugas memberitahu, dia tiada sebarang rekod panggilan saya pada semalamnya. Lantas di mengambil semula lapuran dan nombor resit resit sekali lagi. Dia turut berjanji akan membuat penyambungan semula di dalam tempoh yang sama, 24 jam bermula pada pagi itu.
Sekali lagi saya di janjikan dengan cerita yang sama.
Di tanya tentang berapa segerakah talian Streamyx boleh di sambung semula, mereka enggan jawab. Mereka kata tidak tahu dan tidak boleh memberikan penjelasan.
Di dalam tidak sedar, jumlah panggilan caj Prepaid sepanjang panggilan saya untuk dua hari berhubung dengan Streamyx telah menjangkau ke jumlah RM23.00. Wang Prepaid saya di sia siakan dengan pengumuman yang tidak bersangkutan dan saya sering di arahkan menunggu sementara menanti mereka membuat pemeriksaan.
Saya bercadang untuk memotong perkhidmatan Streamyx dan mengubah kepada sistem yang lain. Kalau wak Raden dan pembaca ada saranan, sila berikan. Saya sudah tidak mahu berurusan dengan Streamyx walaupun perkhidmatannya sudah saya gunakan selama 3 tahun. Sepanjang tempoh itu, sudah beberapa kali saya menghadapi masalah yang sama.
Harap maklum dan terima Kaseh
Azizxxxx@gmail.com
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Jan 16, 2008
TM STREAMIX INDAH KATA BURUK KERJA
Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Hampir dua minggu saya tidak boleh access internet kerana sistem yang digunakan oleh STMB down. Dalam tempoh tersebut saya mengalami banyak kerugian. Saya tidak boleh menulis dan menyumbang idea menentang fahaman kurafat yang dibawa oleh UMNO melalui ideologi sekularnya dan mazhab Islam yang ada had dan harinya itu. Apatah tah lagi untuk mengikuti isu-isu semasa yang melanda negara masa kini. Fikiran menjadi buntu.
Perasaan membara marah kepada TMstreamix. Para jurutekniknya lembab bertindak. Cuba saudara pembaca bayangkan, saya telah membuat laporan pada hari Jumaat, 11.1.2008, jam 8.30 malam. Tidak ada sebarang tindakan yang diambil untuk memulihkan sistem yang down itu. Setiap hari saya membuat laporan. Saya terpaksa bernada ugutan pada pagi [9.00 pagi] hari selasa 15.1.2008, baharulah pada pukul 4.00 petang sistem TMstreamix mulai berfungsi semula. Betapa ruginya saya ketika itu.
Tahun 2007, saya mengalami masalah yang sama. Sistem streamix yang down, ia tidak ada kaitan dengan sistem komputer saya. Dalam bulan Julai 2007, 4 hari saya tidak dapat access internet [18 hingga 21.7.2007]. Bulan Ogos 15 hari [1-3, 8-10, 15-18 dan 27-31.8.2007] dan bulan September [1-4.9.2007 dan 11 - 19.9.2007].
Gangguan ini dapat dipulihan setelah berkali-kali saya mendesak agar TM menyemak peralatannya, setelah saya dinasihatkan oleh juruteknik yang saya panggil yang mendapati sistem komputer saya berada keadaan baik. Akhirnya pihak TMstreamix mengaku bahawa pot yang digunakan oleh saya didapati rosak kerana lama, dan diganti baru.
Saya tidak dbayar sebarang ganti rugi. Begtulah cara kerja orang-orang TM.
Labels: Streamyx
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

