Bharian - [...] Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Melayu selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengikut hak keistimewaan orang Melayu.
“Pada hemat saya, setiap pelajar Melayu Bumiputera yang mendapat tempat di universiti diiktiraf (kerajaan), mereka berhak mendapat biasiswa kerana ia adalah peruntukan dalam Perlembagaan yang menjadi hak dan keistimewaan Melayu.
“Jika ada pihak beranggapan pinjaman ini (PTPTN) ganti kepada biasiswa, ia bertentangan dengan Perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan menyekat hak pelajar mendapat biasiswa,” katanya berucap pada majlis Konvokesyen IPB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Menara Matrade di sini, semalam.... selanjutnya.
No2umno - Ditambah? Macam dah tak ade je...Patutnya 'diujudkan semula'.
May 18, 2008
Syor tambah biasiswa pelajar Melayu ke IPT
Labels: biasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
JANGAN PERCAYA RASHIT
Akbar yang paling tak boleh nak percaya, Utusan Meloya. TV yang paling tak boleh caya .... TV 3. Suruhanjaya yang paling tak boleh percaya ....SPR. Menteri yang tak boleh percaya....Nazri. Semua dah tertulis. Tapi kalau nak caya juga. Apa aku boleh buat sebab dah diberitahu.
SPR hanya disyor kaji batal guna dakwat
Utusnmeloya - [...] Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai jemaah menteri selepas menerima beberapa maklumat berkaitan tindakan pihak tertentu yang dikatakan membeli dakwat berkenaan walaupun tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Kabinet curiga, mungkin dakwat yang dibeli itu untuk mengelirukan dan menimbulkan masalah sepanjang proses pengundian pada pilihan raya umum lalu.
“Bagaimanapun, keputusan itu hanya cadangan serta beberapa alasan yang disampaikan kepada Pengerusi SPR dan terserahlah kepada beliau memikirkan sama ada hendak melaksanakan pandangan kerajaan atau tetap berpendirian mahu menggunakan dakwat itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11, di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak menggunakan dakwat pada pilihan raya lalu walaupun SPR bersetuju menggunakannya bagi menjamin ketelusan. ... selanjutnya.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ketua Polis enggan mohon maaf kepada Lip Eng
utusmeloya - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung isu polis didakwa berkasar terhadap wakil rakyat itu ketika menyuraikan satu demonstrasi baru-baru ini.
Beliau berkata, tiada sebab untuk beliau tunduk kepada permintaan Lip Eng yang melanggar undang-undang.
"Kenapa saya perlu minta maaf kepada seseorang 'law breaker' (pesalah undang-undang), saya hanya menjalankan tugas saya," tegasnya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan Hadiah Balai Polis Terbaik Kategori 'A' peringkat Selangor dan dialog 'Sepetang Bersama Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Lip Eng meminta Khalid memohon maaf berhubung insiden pada 8 Mei lalu, yang melibatkannya dan beberapa penduduk yang mengadakan demonstrasi terhadap Grand Saga di Bandar Mahkota Cheras....selanjutnya
No2umnO - Aku sependapat dengan Ketua polis selangor. Kalau langgar undang undang, tak perlu mohon maaf. Itu sebab aku tak respek polis ... ada yang langgar undang undang, rasuah, salah guna kuasa dan cam cam lagi. Kekadang tu berlebih lebih pulak.
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
RM1,000 untuk pelajar golongan miskin
Insentif: Selangor dalih lagi
Utusanmuntahloya - Insentif pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini akan dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan sahaja.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.
"Belanjawan bagi tahun ini sudah banyak dipakai dan tidak banyak baki yang tinggal. Kita akan rangka rancangan kewangan bagi tahun depan supaya janji-janji negara berkebajikan yang telah kita buat semasa pilihan raya umum dapat dipenuhi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Pemberian insentif atau hadiah sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar negeri itu yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT merupakan antara kandungan manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.... selanjutnya.
No2umnO - sekurang kurangnya ada .... wartawan utusloya tak perasan kot sebelum ni tak der....kesian
Labels: Belit media, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'Port' mat gian 100m dari IPD

kosmo - Sudahlah bangunan yang terbakar dibiarkan usang, ia dijadikan pula sebagai sarang dadah.
Tidak cukup dengan itu, ia juga menjadi tempat tidur serta 'port' maksiat oleh mat gian selain tempat membahagikan hasil samun di kalangan peragut.
Mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana 'port' berkenaan gelap gelita itu hanya terletak tidak sampai 100 meter dari kuarters dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini iaitu di belakang perhentian bas Jalan Bukit Ubi menghala Bandar Indera Mahkota.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bahagian dalam bangunan tersebut yang pernah dijadikan kedai perabot sebelum terbakar kira-kira dua tahun lalu itu berselerak dengan alatan menagih dadah selain dompet, beg pakaian yang kosong dan juga barang-barang lain dipercayai hasil samun.
Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 36, berkata, seminggu lalu beliau pernah melihat mat gian yang tinggal di situ sedang menggeledah beg dipercayai baru disamun.... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Buang pasport lebih 'selamat'
kosmo - Nilai sebenar pasport Indonesia hanyalah untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia ketika memasuki negara ini.
Itulah pengakuan beberapa warga Indonesia ekoran penemuan pasport-pasport negara itu yang dibuang di kawasan-kawasan semak setelah tempoh tinggal yang dibenarkan di negara ini tamat.
Apa motif pemiliknya? Kebanyakan warga Indonesia tanpa pasport yang ditemui berkata, cara begitu disifatkan lebih selamat kerana mereka akhirnya akan dihantar juga pulang ke negara asal jika ditangkap.
"Paling lama, kami akan ditahan dalam pusat tahanan selama enam bulan atau satu tahun dan kemudian kami akan dihantar pulang.... selanjutnya.
Labels: Pendatang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siasatan terhadap ahli UMNO, Rosol Masih Diteruskan
buletinonline - Polis masih meneruskan siasatan keatas kenyataan ahli-ahli UMNO yang ‘menghasut’ dan menghina pihak istana di Terengganu dan Perlis
Datuk Mohd Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan mengesahkan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat terhadap ahli-ahli UMNO yang membuat kenyataan ‘menghasut dan menghina’ pihak istana Terengganu dan Perlis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab isu “ hanya penyiasatan terpilih” yang dilakukan oleh pihak polis, telah ditimbulkan oleh beberapa menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen.
”Siapa kata kami tak siasat? Siasatan keatas laporan sedang berjalan. Kadangkala kami tidak boleh dedahkan apa tindakan yang diambil sebelum merumuskan penyiasatan. Kami terpaksa mengumpulkan bukti yang kukuh.” kata Bakri Zinin ketika ditanya, apakah hasil siasatan berkaitan, sekiranya polis telah membuka siasatan atas tuduhan menghasut itu.
Menurut akhbar The Sun, isu diatas dibangkitkan ekoran dari tindakan ‘sertamerta’ polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga didakwa ‘menghasut dan menghina’ Sultan Perak ketika beliau mempersoalkan tindakan Tuanku Sultan yang campurtangan dalam kes pertukaran kakitangan kerajaan Perak.... selanjutnya.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Bila orang asing disusukan...
tranungkite - " Dua hari yang lalu seorang sahabat saya telah bercerita tentang keperitan ahli keluarganya yang tinggal di ibu kota. Sejak mereka duduk di sana sekian lama baru kali ini terasa akan kesempitan yang amat sangat dan mereka cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah yang kian meruncing.
Sekadar duduk di rumah setinggan tentunya banyak ujian yang terpaksa dihadapi. Lebih-lebih lagi dalam persaingan hidup di ibu kota, rasa-rasanya negara kita bernama Malaysia tetapi dihuni oleh orang asing belaka.
Memang tak dapat dinafikan, bahawa jutaan orang asing telah membanjiri negara kita dalam memenuhi sektor pekerjaan. Dari buruh kontrak hinggalah ke sektor perniagaan, penguasaan mereka cukup besar dan meninggalkan jauh masyarakat tempatan. Memang benar, mereka telah membantu ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan peluang kerja untuk orang-orang kita.
Alasan kos upah yang murah berbanding 'demand' orang tempatan menjadi pilihan semua majikan. Majikan yang hampir semua dikuasai oleh mereka yang berkepentingan tidak mengambil kira kebajikan hidup rakyat jelata sebaliknya memikirkan laba dan keuntungan yang berjuta.
Rakyat tempatan terasa gelabah dengan hasil pendapatan yang tak seberapa. Sekadar mampu menyewa rumah setinggan sedangkan mereka (orang asing) telah mampu memiliki banglo mewah.
Mereka juga mendapat layanan kebajikan lebih baik melalui kedutaan dengan program persekolahan yang sama (kurikulum) macam negara mereka. Manakala yang lahir di sini peluang bersekolah untuk mereka tetap ditanggung oleh kerajaan.... selanjutnya.
Labels: Pendatang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Akhbar boleh kena OSA
malaysiakini - [...] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, tindakan boleh diambil kerana laporan tersebut "rahsia kerajaan yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)", lapor laman web Utusan Malaysia hari ini
"Kerajaan bimbang dengan kejadian kebocoran ini dan sekiranya ia melanggar undang-undang serta menjejaskan mana-mana pihak, sudah pasti tindakan akan dibuat.
"Tetapi jika sebaliknya, kita masih kena mengatasinya dengan memperkemaskan sistem pengurusan dan prosedur supaya ia tidak berulang," beliau dipetik sebagai berkata selepas merasmikan karnival sukan Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Kubang Kerian, Kota Bharu.
Beliau mengulas laporan polis yang dibuat JPM semalam terhadap beberapa akhbar yang menerbitkan sebahagian kandungan suruhanjaya itu sebelum kabinet secara rasmi memutuskan untuk berbuat demikian.... selanjutnya.
Labels: VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

