malaysiakini | Politik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.
Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka.
"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata
Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.... selanjutnya.
p/s
UMNO dah teruk ... dah rosak gua cakap lu. Mana ada umno yang tak rosak. Kalau pokok dah patut kena tebang. Kalau kereta dah kena TOTAL LOST .....
Sep 5, 2008
'Ahli Umno tak takut berpolitik wang...'
Labels: Barua UMNO, Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dr Osman: Pemeriksaan saya berkaitan liwat
malaysiakini | ....Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.
"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.
Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.
Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.
Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.... selanjutnya.
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BPR salahkan 'runner'
UTusan | Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras kegiatan perantara di jabatan kerajaan kerana ia dikenal pasti menjadi punca gejala rasuah dalam sektor awam.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mengesan kegiatan perantara atau turut dikenali sebagai runner itu menimbulkan masalah birokrasi apabila sesuatu urusan tidak dijalankan mengikut saluran yang sah.
Menerusi operasi yang dijalankan ke atas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd., (Puspakom) sejak 26 Ogos lalu, seramai 21 perantara di seluruh negara ditahan BPR kerana kegiatan rasuah.
“Kegiatan runner ini yang menjahanamkan perkhidmatan awam dan kita tidak mahu sistem di negara kita dicemari rasuah... selanjutnya.
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
80% kenderaan komersial gagal lepasi pemeriksaan Puspakom
Utusan | ....Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, beliau menerima aduan bahawa kebanyakan kenderaan komersial yang menjalani pemeriksaan khususnya di Lembah Klang telah gagal melepasi kelayakan yang ditetapkan.
Menurutnya, selain maklum balas orang awam, pihaknya turut menerima aduan daripada persatuan-persatuan kenderaan berkaitan pengangkutan.
"Saya tidak kisah jika peratusan kenderaan yang gagal itu disebabkan ia sememangnya gagal menetapi ciri-ciri prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Puspakom, namun kementerian berharap aduan ini (jika terbukti benar) tidak disebabkan tindakan yang diambil BPR terhadap agensi itu.
"Saya juga telah mengarahkan Puspakom agar menangani keadaan tersebut secara berkesan dan jika betul kebanyakan kenderaan komersial itu gagal mematuhi SOP, kita tidak akan pertikai pemeriksaan itu," katanya. ... selanjutnya.
Labels: puspakom
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
"Missing" Pusrawi doctor returns to clear his name

Sun2surf | ...."There have been a lot of media statements in Malaysia made by various individuals, and some of those statements have put me in a bad light both professionally and as a person. Please be assured that I had merely done my job as a doctor," said Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, who was accompanied by his lawyers M Puravelan and Yusri Kamaruddin.
His hastily-called press conference was held at the Bar Council premises here.
He denied leaking a medical report from Pusrawi that was made by him which declared that no evidence of sodomy was found in a physical examinatino of Saiful, the person who accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy. ... selanjutnya.
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
It's USM not UM
NST | With recognition comes responsibility. This, says Universiti Sains Malaysia’s dean for the School of Communications Dr Adnan Hussein, is what the Apex university status means.
Adnan said he was happy with the recognition but warned that much work was ahead for the university and its faculty.
“Still, it was worth the hard work we put in over the past few months.... selanjutnya.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Another RM0.15 fuel price next month
NST | The government may again review petrol prices in October, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.
He said if global crude oil prices stabilise at US$109 per barrel until the year end, the government may reduce pump fuel prices.
“Now, the global crude oil price is at US$109 per barrel. If it stays at that level, then of course I will be very happy to reduce it by 15 sen than the current RM2.55 (fuel pump) price,” he told reporters after chairing the Finance Council Meeting here today.
“Pray that it (crude oil price) does not go up, and that it will go down more. We are monitoring all the time,” said Abdullah, who is also Fiance Minister.
On Aug 23, fuel price was reduced by 15 sen to RM2.55 a litre from RM2.70.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah
MStar | Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.
Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu. ... selanjutnya.
Labels: ramlang porigi
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
BN-BBC cadang MP ke luar negeri
MStar | ....Pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi mStar Online dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.
Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.
Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.
Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.
"Lawatan ini diadakan ekoran cadangan daripada beberapa anggota kami (BN-BBC). Kami mahu anggota kami diberikan pengetahuan terkini mengenai maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian... jadi kami boleh membahaskan Bajet (2009) dengan baik di Parlimen apabila bersidang kelak (selepas Aidilfitri)," kata Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing. .... selanjutnya.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

