harakah | .... Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku.
Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri.
Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu.Image
Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Syahbuddin ketika ditemui pemberita berkata, antara kesalahan yang dikesan berlaku antaranya pembatalan mesyuarat tanpa sebarang alasan dan mesyuarat disahkan walau pun hanya dihadiri dua orang ahli.
"Pencalonan saya pula dibatalkan tanpa sebab yang munasabah sebaliknya hanya kerana kesilapan taknikal yang tidak dimaklumkan, sedangkan saya telah melepasi kelayakan bertanding setelah mendapat 23 pencalonan cawangan," katanya. ... selanjutnya.
no2umno - UMNO pun tipu ahli nya. Bila kena batang hidung ... UMNO tak pandai nak sedar.
Oct 13, 2008
300 pemuda Umno Kubang Kerian berhimpun bantah pencalonan ditolak
Labels: pemilihan UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Anugerah Datuk satu penghinaan - Seniman

Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
kerajaanrakyat | .... Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.
"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.
"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.
"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.... selanjutnya.
no2umno - Jangan dengki dengan Shah Rukh Khan .... artis Malaysia kena berdoa untuk di panggil ke India bagi anugerah di sana pulak ... wakakakakak !!!
Labels: Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tembelang Khairy dan Reezal pecah di Gelang Patah
anotherbrickinthewall |
Gelang Patah akan "tanam" Khairy dan Reezal!
Kronologi peristiwa buruk dari kekecohan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai didedahkan di laman web MyKMU Johor.
(Gambar Kanan: Haji Abdullah, Ketua Pemuda Pulai)
Laporan ini juga dijangka akan diserahkan kepada pihak Perhubungan Negeri Johor, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Pusat, Jawatankuasa UMNO Pusat dan lain-lain pihak yang berwajib.
Dari sumber jurublog, satu petisyen telah dihantar kepada Perhubungan UMNO Negeri Johor yang mana ditandatangani oleh 80% perwakilan yang hadhir, dari kedua-dua pihak penyokong Mukhriz dan Khir Toyo.
Dalam sekim penipuan itu, "Ustaz" Reezal Merican telah diumumkan mendapat pencalunan untuk Naib mengalahkan YB Razali Ibrahim.
Perkara ini agak mustahil boleh berlaku. Kedua-dua penyokong Khir Toyo dan Mukhriz mempunyai persetujuan untuk memberikan kepada Ketua Pemuda UMNO Johor.... selanjutnya.
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
SPR cuba tutup rahsia ?
Bila melihatkan tajuk berita ... Isu karung undi dijumpai di sungai
dalam kepala dah terbayang dah membayangkan pelbagai persepsi buruk terhadap SPR dan jentera pilihanraya di Sarawak.
Menariknya, secepat kilat. Nazri aziz, Menteri di Jabatan perdana menteri, memberikan jawapan memberitahu bahawa karung Undi Pos yang di temui tidak mengandungi sebarang kertas undi. Menurutnya,
Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui..Dengan maksud lain, tiada penipuan yang berlaku. Hati jadi lega .. tapi timbul pulak persoalan lain..
Antaranya ... kenapa jumlah karung yang hilang tidak di istiharkan selepas hari mengundi. Kalau ianya tidak berlaku pada bulan Mac yang lepas, bila dan bagaimana ianya tidak di dedahkan kepada umum?
Sudah pasti, SPR yang kononnya cukup professional di dalam menganjurkan pilihanraya setiap tahun, sudah mempunyai sistem 'stock control' bagi mengawal peralatan pilihanraya termasuk peti undi, poster dan kampit undi pos yang dikeluarkan di dalam setiap kali pilihanraya.
Kalau lah ... Kampit undi itu berusia tua .. bertahankah kertas undi yang terdapat di dalam itu dan sejauh mana ketelusan berita dan pihak berkuasa di dalam menyiarkan berita sehingga kita benar benar percaya bahawa kampit itu tidak mempunyai kandungan yang mencurigakan.
SPR .... mungkin nak cuba selamatkan diri. Melalui pengalaman, mengelak kita mempercayai sebarang kenyataan dan berita yang dikeluarkan oleh Media arus perdana. Kita harus waspada kerana di sekeliling kita ada penipu yang ingin terus untuk menipu.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pembangkang 'henti' sementara usul tak percaya PM
bharian | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembangkang akan 'menghentikan' sementara usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat, bagi memberi tumpuan kepada perbahasan Belanjawan 2009.
"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang... selanjutnya.
Labels: peralihan kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dollah anggap tarikh baru pembangkang sebagai karut
utusanmeloya | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai `karut’ dan `membuang masa’.
Perdana Menteri berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.
“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.
“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” kata Abdullah.
... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah, peralihan kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tarikh pilihanraya kampus masih misteri
malaysiakini | Pilihanraya kampus masih menjadi rahsia walaupun tempoh perkhidmatan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah berakhir awal bulan ini.
Bagaimanapun universiti-universiti di sebelah pantai timur Semenanjung dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membuat pengundian pada minggu ini.
Notis pemberitahuan tentang pilihanraya sesi 2008-2009 yang dijadual Khamis ini dikeluarkan di kampus-kampus berkenaan dua minggu lalu.
Pemilihan awal ini melibatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kulim petition dropped as Zul could join Umno
malaysianinsider | Despite highly confident of winning the Kulim election petition, the Barisan Nasional today dropped the case as speculation mounted that Zulkifli Nordin could join Umno.
Zulkifli's likely defection will be a setback for opposition icon Datuk Seri Anwar Ibrahim who has been talking about BN lawmakers joining him in an attempt to unseat the BN federal government.
The first time Kulim MP was absent from Parliament today where Anwar slammed BN for economic mismanagement in light of the global financial crisis.
The lawyer, who has faced controversy recently for leading a group against a Bar Council interfaith forum, was one of the first to defend Anwar when the latter was sacked a decade ago.
PKR has yet to take action against Zulkifli, who said he is a Muslim above anything else. His fellow PKR members, coalition allies and non-Muslims have blasted his action but he has refused to change his stand.
... selanjutnya.
Labels: zul4kulim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Why Eurocopter’s Cougar?

Limkitsiang | The Prime Minister-cum-Defence Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should set an example of integrity and transparency by making public the details of the shortlisted bids for the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.
It is a sad commentary on the failure of Abdullah’s National Integrity Plan that Malaysia’s latest ranking on the Transparency International Corruption Perception Index has plunged 10 places in his five years as Prime Minister from No. 37 in 2003 to No. 47 in 2008 and a deepening crisis of confidence about integrity and transparency.
Abdullah should be aware that his first act as Defence Minister, announcing that the Defence Ministry has agreed to acquire new helicopters from European helicopter manufacturers, Eurocopter, to replace the Nuri has been immediately dogged by integrity and transparency questions – in particular, the allegation about the involvement of his son Kamaluddin Abdullah in the Eurocopter deal.
It is for this reason that Abdullah should make public the details of the shortlisted bids by the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.
If no full explanation is forthcoming from Abdullah, I will be raising this issue in Parliament when it reconvenes on October 13.
The Eurocopter Cougar EC725 was one of four aircraft shortlisted by RMAF. The other three were the Sikorsky S92, Agusta Westland EH-101 Merlin and the Russian-made Mil Mi-17 Hip.
It has been reported that the government had allocated US$600 million (RM1.93 billion) to buy an initial fleet of 12 helicopters, which will be in service until 2050.
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

