KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 14, 2007

M Kulasegaran akhirnya dihalau keluar



M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada minggu ini telah mempertikaikan tentang keberkesanan SPR di dalam mengendalikan pilihanraya. Di malaysia terdapat 7 anggota didalam Suruhan jaya Pilihanraya termasuk, Penngerusi dan Timbalan Pengerusi. Mengendalikan pilihanraya untuk rakyat yang berjumlah 26 juta orang berbanding dengan India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 billion rakyat yang memiliki hanya 3 anggota di dalam Suruhanjaya mereka. Pembaziran jelas berlaku disamping kesombongan, Pengerusi seolah olah SPR di negara kita paling hebat dan telus berbanding negara lain.

Sementara itu,


Menurut berita hari ini pula,

SELEPAS hampir sepuluh minit menahan sabar ketika cuba menyuruh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) duduk, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Lim Si Cheng akhirnya mengarahkan wakil pembangkang itu keluar Dewan serta digantung selama empat hari.

M Kulasegaran sebelum itu menyampuk perbahasan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2007 mengenai cadangan menaikkan elaun Speaker serta timbalannya.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) turut mengambil bahagian dan tidak mahu mengalah apabila disuruh duduk, menyebabkan Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut) bangun sebelum bertikam lidah dengan wakil pembangkang itu.

Memang jelas, dua perkara yang disebut oleh wakil DAP tersebut lebih kepada penjimatan wang rakyat dan kedua dua perkara itu ditolak mentah mentah dan tindakan keluar dewan di kenakan. Di dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak kukuh ini, Speaker dan Timbalannya masih mahu meneruskan usaha menaikan gaji mereka. Bertambah malang, kerajaan tidak boleh ditegur langsung.

Kita dah tak faham dengan negara Malaysia dan pemerintahan mereka. Membazir tak fikir keadaan dan tak rujuk masalah rakyat. Bila ditegur, mereka akan kata, mereka lah wakil rakyat dan majoriti rakyat bersetuju dengan pembaziran sedangkan hakikatnya, keputusan dibuat hanya dikalangan mereka.

Kalau merujuk kepada peristiwa Dewan Undan Negeri Kelantan, pengusiran dibuat setelah perwakilan bersilat 'TOMOI'.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive