KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 14, 2007

RASHIT PATUT DI MAKI

PULAU PINANG, 13 Dis (Bernama) -- "Siapa nak kerja macam ini, asyik kena maki hamun tanpa alasan yang jelas," kata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman merujuk kepada kepada persoalan sama ada beliau akan menyambung atau tidak perkhidmatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya jika ditawarkan oleh kerajaan.

Namun, katanya, terdapat tanda-tanda yang kerajaan mahu beliau menyambung tugasnya itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

"Pilihan raya semakin hampir dan takkan saya hendak lari. Mereka (pengkritik) akan kata saya ini pengecut. Saya tidak takut. Saya juga tidak takut kalau ada orang hendak buat rusuhan (bantahan) tetapi mereka perlu menghadapi tindakan undang-undang jika berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya umum ke-12 peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 untuk membolehkan umur persaraan anggota SPR dilanjutkan daripada 65 kepada 66 tahun.

Abdul Rashid, yang telah menjadi Pengerusi SPR sejak 2000 dan akan mencapai umur persaraan wajib 65 tahun akhir bulan ini, berkata beliau perlu mengambil masa untuk memikirkan perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan kerana tidak mahu bertindak secara terburu-buru.

"Ini bukan sesuatu perkara yang (boleh diberi jawapan secara) automatik," katanya.

Kepada pengkritiknya, Abdul Rashid berkata beliau melakukan tugas itu kerana tanggungjawab kepada negara dan bukan kerana wang atau faktor lain.

"Saya boleh tidur lena dengan baik dan main dengan anak cucu. Apa maknanya duit kepada saya, gajipun saya tak tengok. Jika ada gaji, adalah," katanya.

no2umno - Rashit nak belawok ......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive