KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 19, 2007

Sorong Papan Tarik Papan AG Membingungkan

http://i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/AGpatail.jpg
dipetik: kadirjasin

APABILA Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi “mengotakan” amaran “Saya Pantang Dicabar” (tajuk utama Utusan Malaysia pada 10 November), beliau dan ejen-ejennya menggunakan dua pendekatan.

Pertama, pada 13 Disember, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri beliau menandatangani surat perintah tahanan selama dua tahun ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN/ISA).

Kedua, melalui Pejabat Peguam Negara, beliau mendakwa 31 penunjuk perasaan tanpa permit di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves pada 25 November lalu dengan tuduhan cuba membunuh.

Begitu bersungguh-sungguh Perdana Menteri dengan tindakannya sehingga Peguam Negara, Gani Patail, muncul sendiri untuk membuat pendakwaan dan meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh.

Kemunculan Gani dengan tuduhan yang begitu berat memeranjatkan banyak pihak, khas mereka yang mengikuti perkembangan kes-kes sensasi yang didakwa oleh Gani dan pasukannya yang gagal disabitkan atau ditolak oleh mahkamah pada akhir-akhir ini. (Baca seterusnya di Sorong Papan Tarik Papan AG Membingungkan|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive