KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 15, 2008

Bunuh: Pembantu khas pengerusi MIC Johor ditahan

mstar

JOHOR BAHARU: Dua lelaki, termasuk pembantu khas kepada Pengerusi MIC Negeri Johor Datuk K.S Balakrishnan, ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh Datuk S.Krishnasamy di Bangunan MIC Negeri Jumaat lepas.

Balakrishnan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pembantu khas beliau pagi Isnin di Menara Ansar yang menempatkan pejabatnya.

“Beliau (pembantu khas) ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya yang juga Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pembantu khas Balakrishnan itu dipercayai berumur dalam lingkungan awal 60an.

Sementara itu difahamkan seorang pekerja kepada mendiang Krishnasamy turut ditahan bagi membantu siasatan.

Krishnasamy mati ditembak di dalam sebuah lif dari jarak dekat di bawah kening kiri dan peluru menembusi bahagian belakang kepalanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive