KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 15, 2008

KENAPA TIDAK DI 'GAM' SAJE

‘Faizal mesti minta maaf’
Oleh Helmy Abd Rahman
hmetro

KUALA LUMPUR: Perlakuan ‘sumbang’ Raja Kontroversi, Faizal Tahir yang dengan berani menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama di sini, kelmarin, mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat negara ini.

Rata-rata orang ramai yang ditemui mengutuk perbuatan itu dan menggesa naib juara program realiti TV One In A Million (OIAM) musim pertama itu meminta maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan disiplin supaya dapat dijadikan pengajaran di masa depan.

Guru, Asmarani Azahari, 27, berkata sebagai penyanyi baru, Faizal sepatutnya memikirkan kesan atau implikasi buruk perbuatannya itu.

“Memang tak senonoh. Tak sangka dia sanggup buat begitu pada persembahan secara langsung yang disaksikan ribuan orang termasuk kanak-kanak. Sebagai ‘public figure’ dia sepatutnya arif dan berfikir panjang sebelum buat persembahan sebegitu. more...

No2umnO - Memandangkan kesalahannya hanya kesalahan dari segi agama dan budaya, maka WT8 pun meminta untuk Faizal 'meminta Maaf'. Manakala ZAM tidak bercakap sepatah pun. Tapi kalau kesalahannya kerana mengkritik kerajaan, mungkin dia akan di GAM. Biasa la kan....

2 comments:

Anonymous said...

Zaman Ada Had Ada Hari takpe.. Kalau nak dedah badan sampai telanjang nampak bulu pungguk pun takde.. Iman dan Nabi Dollah Had Hari tak marah beb...

Kalu kutuk Iman Had Hari dan kerajaan dosa besor, ingat Hanya Pengerusimeja BN sahaja yang mengetahui dan maha pengampun...
Dollah maha pengampun...wooo.. Dia suci lagi bersih macam wali-wali...

Anonymous said...

alaaa...small matter.

Posting terkini

Blog Archive