KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

PILIHANRAYA ... KITA ADA KUASA


Detik yang tunggu sudah hampir tiba. 8/3/2008 !!!
Mari lah mari .... kita mengundi. Jangan lupa kewajipan pada keluarga.


Tu lah dia semangatnya wak untuk mengundi. Maklumlah, kali ni lain sikit rasanya. Kalau tahun 2004 dahulu, wak tak tau pun apa itu blog. Dan sekarang wak dah canggih. Sikit la. Tak la hebat mana tapi boleh lah.

Keadaan sekarang cukup jauh berbeza. Kita mempunyai banyak sokongan terhadap pembangkang@BA. Mungkin ada yang masih ragu ragu. Malahan sekarang ni pun, SPR sudah hilangkan no siri pada tiket undi. Kepada kakitangan kerajaan atau mereka yang bimbang untuk mendapatkan bantuan kerajaan selepas ini, peluang sudah ada di depan mata. Mereka tidak boleh kesan siapa yang sokongan siapa.

Tapi ingat, mata kena lirik sikit tengok suasana di dalam bilik sebab, kamera curik tengok sekarang sudah murah dan banyak dijual.

Lupakan itu semua kerana kuasa ada ditangan kita. Kalau dulu anda bimbang, sekarang sudah tidak boleh takut lagi. Undi untuk merancang masa depan. Mahu miskin, tidak selamat dan duduk di dalam dunia yang penuh dengan korupsi penguat kuasa dan pemimpin, undi lah BN. Tapi kalau mahu berlegar dengan selamat, tak kira waktu malam atau siang. Kalau mahu sedikit bernafas ..... undi lah BA. Ceh wak kempen lagi.

Kita boleh tunggu 50 tahun kenapa kita tidak boleh beri 4 tahun kepada pembangkang. Kita tengok siapa bagus. Kalau tidak, kita ubah lagi.

Yang takut adalah UMNO dan BN. Kerana kalau kesempatan 4 tahun ini digunakan oleh Pembangkang untuk berbuat baik dan berkebajikan kepada rakyat, BN dan UMNO bakal diketepikan sehingga bila bila. Tiada lagi peluang dan untuk bangun. Kerana itu lah UMNO dan BN bersungguh sungguh, tidak mahu melepas kan kuasa pada pihak lain. Makanya, mereka gunakan semua pihak untuk mengugut dan memberikan tekanan kepada rakyat. Kita ketakutan dan itu lah yang mereka mahu.

Kini kita bukan bersendiri. Kerana selepas menempuhi banyak kejadian aneh dan pelik sepanjang bersama kepimpinan Abdullah Badawi yang cakap gagap dan berulang ulang, kita lihat bahawa ramai pihak sudah bersama kita. Terutamanya,

  • Golongan HINDRAF yang tidak gemar dengan MIC dan UMNO
  • Golongan miskin yang terhimpit dengan kemiskinan
  • Golongan penghuni rumah setinggan yang dihalau tanpa belas ehsan
  • Golongan Bijak pandai yang tahu tentang sikap hipokrit kerajaan
  • Golongan Para peniaga yang jatuh akibat ekonomi meruncing sejak Dollah pegang kuasa
  • Golongan Rakyat yang tidak gemar dengan Khairy@menantu Dollah yang gila kuasa
  • Golongan Kakitangan kerajaan yang sebelum ini bimbang undian diketahui orang
  • Golongan Pelajar luar negara yang sudah pulang dan tahu tentang keadaan sebenar negara
  • Golongan mereka mereka yang teraniaya oleh pemimpin dan penguatkuasa
  • Golongan Mereka yang bimbang tentang keselamatan keluarga dan anak anak.
  • Golongan Mereka yang tidak suka rasuah yang semakin menular dimana mana
  • Golongan Petani yang dihimpit dengan kenaikan harga barangan pertanian
  • Golongan Mangsa Tsunami yang diberikan janji kosong sedangkan kutipan bantuan beratus juta

Marilah sama sama kita berubah. Bukan lama. Kita beri tempoh 4 tahun kepada BA untuk kotakan janji janji mereka. Kalau mereka tidak benar dan berbohong, kita ubah lagi kerajaan. Takkan UMNO dan BN tidak sanggup berkorban untuk 4 tahun sedangkan mereka sudah diberikan peluang cukup lama?

Cekal kan hati, tekad kan semangat, teguhkan iman. Kita adalah rakyat yang mempunyai kuasa. Bukan setiap hari kita seperti ini. Hanya sehari. Sehari pada hari mengundi. Selepas itu kalau kemenangan jatuh kepada BN semula, kita akan kekal menjadi hamba untuk 4 tahun akan datang. Masa depan kita ada ditangan kita. Ktia tidak perlu berharap pada yang tidak boleh diharap.

UBAH SEBELUM PARAH .... INGAT PANGKAH APA SAHAJA ASALKAN BUKAN BN !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive