KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

WASIAT: KAPAN DAN KERANDA

My Photo

Radenjowo - Berhati hati. Hanya itulah pesanan untuk rakyat malaysia yang mahu mengundi pada tahun ini. Kerana undian anda bakal melahirkan satu sejarah kehilangan ketamaddunan negara malaysia. Kalau belum menjadi menteri, Khairy sudah merancang semua perkara, maka apakah yang akan dilakukan olehnya bila bergelar menteri atau perdana menteri?

Persekongkolan beliau dengan jentera perosak negara termasuk Patrick Lim dan konco konconya, serta permuafakatannya dengan kerajaan Singapura, bakal menghilangkan kuasa kita.

Semua koridor pembangunan dan jalan keretapi berkembar adalah untuk memudahkan Singapura berhubungan dan menjelajah negara kita. Segala unjuran pembangunan nyata menghala ke Singapura. Rakyat malaysia merupakan serpihan yang terpaksa ditanggung Barisan Nasional kerana kita sudah berada di sini. Untuk dihalau, tidak mungkin. Untuk disergah, tidak patut. Maka pembangunan yang kononnya bantuan ehsan Barisan Nasional kepada rakyat akan menjadi punca, rakyat terpinggir sedikit demi sedikit. Bajet negara adalah serampang dua mata. Memenuhkan poket dan membina empayar serta kerjasama dengan negara asing untuk gadai negara.

Tidak lama, 10 tahun akan datang kita tidak punya apa apa lagi. Kesimpulannnya, amati lah sejarah kepimpinan Marcos dan kerosakan hasil tangannya pada negara Filipina. Rakyat tidak kira tua atau muda terpaksa berhijrah sehingga hari ini. Kemana sahaja diseluruh dunia, pasti ada rakyat Filipina yang kerjanya setakat pembantu rumah dan buruh kasar di negara asing. Bukan sedikit tapi terlalu ramai.

Itu lah yang kita akan hadapi tidak lama lagi. Ketika kekuasaannya, polis, tentera, sistem kehakiman dan semua agensi terletak di bawah kuasanya. Siapa yang menghalang, pasti mereka tentang. Rakyat hidup di dalam ketakutan. Makan apa yang ada, guna mana yang perlu. Bila lama berkuasa, janji pun sudah lupa dan berubah menjadi gila. Semua kekayaan di kaut, sehingga hari ini apa yang tinggal kepada rakyat Filipina kecuali hidup yang daif, rumah yang sempit, jenayah bertambah dan korupsi masih lagi berleluasa. Sikap pemimpin begitu disambung dan disambung. Rakyat tidak tahu atau rakyat tidak berdaya?

Kita harus faham bahawa sejak kecil, kita diasuh dengan budaya ugutan dan amaran. Perkauman, peperangan dan persengketaan di dalam hidup pelbagai kaum di negara menjadi kan usaha ugutan ini berjalan dengan mudah. Percaya kepada berita angin dan arus perdana. Sentuh sikit, meloncat lah kita dan akibatnya kita yang sengsara. Masam muka sesama kita. Di gaduhkan, dipecahkan dan diasingkan. Bila tidak bersatu, kita lemah. Kita tidak pernah kuat kerana kita tidak pernah bersatu. Maka kerana itu sistem parti perkauman masih ujud sehingga hari ini. MCA, MIC dan UMNO. Sampai bilakah parti seperti ini dibenarkan ujud?

Terlalu sukar untuk merubahnya kerana ramai yang kononnya bimbang kalau tiada UMNO, melayu tidak kaya dan begitulah kepada kaum kaum yang lain. 50 tahun bukan waktu yang singkat dan 50 tahun apa yang kita dapat? Cuma yang ada tanah yang tunggu masa untuk digadaikan. Gaji yang tunggu tarikh untuk diselesaikan dan pencen yang tunggu waktu untuk dihabiskan. Kita tidak mempunyai apa apa lagi. Ohhhh .... mudah kerana anak pembawa rezeki dan matinya kita nanti tidak merubah segalanya kerana anak kita pandai mencari rezeki. Ataupun ungkapan mudah adalah, "Tuhan ada". Tanya diri anda, apa gunanya ibu dan bapa? Kalau hidupnya melahirkan zuriat dengan ilmu yang cetek, harta yang sikit dan iman yang singkat. Untuk beri ilmu tidak mampu inikan pula beri harta?

Semua nya semakin sukar. Siapa yang mahu mati di dalam kedaifan. Tiada harta untuk anak anak sebagai bekalan kematian kita. Tapi berapa ramai yang mampu berbuat begitu? Kita tidak sejahil mereka yang kaya, kita tidak bijak seperti para peniaga. Yang ada hanya harapan dan tulang 4 kerat. Kalau ditutup semua peluang, kita terbongkang pening kesorangan.

Mahathir telah merosakkan sistem dan undang undang negara, Abdullah sebagai penerus budaya korup dan salahguna kuasa, Khairy adalah kesinambungan peninggalan projek pembaziran mertuanya. Kuasa ada ditangan anda. Mungkin anda bukan menteri atau pemimpin yang perlu bimbang tentang pangkat dan kuasa. Seluk poket, pandang akaun dan lihatkan mata kecil anak anak kita. Apa perjuangan yang kita lakukan selama ini? Adalah cukup setakat duit belanja? Tidak kah kita mahukan mereka mempunyai harta dan mempunyai masa depan yang cemerlang satu masa nanti? Ilmu tiada, harta tiada, kita akan merempat dinegara asing sekadar menjadi orang gaji dan buruh kasar. Dimarah, diherdik dan dihina. Itulah masa depan anak anak kita.

Masihkah anda berbudaya UMNO? Tak payah buang masa .... turun dan jalankan tanggung jawab anda. Tidak berubah kalau tidak diubah. Tidak berbeza kalau kita tidak usaha. Kita tidak minta turun ke jalanraya, kita tidak minta memegang sepanduk dan kita tidak minta untuk menjerit jerit di tengah jalan kerana kita tahu masih ramai yang bimbang tentang keselamatan dan masa depan. Tapi ini lah masanya untuk membuat keputusan. UNdi, pangkah apa saja asalkan bukan BARISAN NASIONAL.

Keadaan semakin teruk dari hari demi hari. Apa lagi bukti yang kita mahu? Perjuangan kita adalah untuk diri, anak anak dan jenerasi kita. Masa sudah semakin singkat dan jangan jadi kan 4 tahun selepas ini sebagai tempoh untuk pemimpin BN terus merosakkan lagi negara, menggadaikan lagi harta. Cukup disitu !!! Kita sudah tidak mampu untuk menanti lagi janji janji yang sama, untuk kemajuan, untuk keselamatan, untuk kekayaan dan sebagainya. Tempoh sudah diberi, bukti sudah terbukti bahawa BN hanya bijak tabur janji. Yang kaya adalah mereka, yang papa adalah kita. Bila kita pertikai, mereka akan tunjukkan bangunan, jalanraya, Lapangan Terbang, IT dan sebagainya. Tapi kayu ukur kemajuan adalah ilmu di kepala, iman di dada dan poket serta akaun kita masing masing.

Majukah kita kalau simpanan hanya ada RM150 pada hujung bulan? Kalau itu lah kemajuan.....tak payah maju pun tak per. Ubah sebelum parah kerana selagi kita kuat, kita wajib usaha. KAlau kita sudah tiada apa apa, kita akan terus diinjak untuk terus sama leper dengan bumi oleh pemimpin pemimpin politik rakus, korup dan bermuslihat seperti Pemimpin BN. Kalau ada yang kata Radenjowo berbohong, tunggu 10 tahun lagi ...... Anda tahu apa akan jadi dan ketika kamu sedar nanti, usia sudah dihujung senja. tunggu masa untuk mati di dalam kedaifan. Di maki, hina oleh anak anak dan jenerasi kerana orang lain mati tinggalkan harta tapi kita mati setakat lepas belanja untuk kain kapan dan keranda.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive