KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

KECEWA: Ahli UMNO cabut tiang bendera UMNO


buletinonline.net

Setiu, 25 Feb – UMNO Terengganu dijangka menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) N.05 Jabi dalam Parlimen Setiu berikutan bantahan(protes) ahli-ahlinya sendiri yang tidak berpuashati kerana pencalonan semula Ramlan Ali.

Protes mereka telah bermula sejak September tahun lalu, namun tidak diambil hirau oleh pimpinan UMNO peringkat Bahagian Setiu dan Negeri Terengganu. Kini, protes mereka sampai ke kemuncaknya apabila Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu mencalonkan semula Ramlan. (Foto: tiang sudah dicabut)

Beberapa hari sebelum penamaan calon, Salleh Hussin, 49, telah bertindak mencabut tiang bendera besar UMNO yang dipasangnya sendiri di hadapan Pejabat UMNO DUN Jabi.

Sejurus selepas mengetahui bekas ADUN Jabi sesi lalu itu dicalonkan semula, Salleh berkata bahawa sekiranya Ramlan menang dalam PRU 12 kali ini, beliau akan menjual semua hartanya di Jabi dan berpindah keluar dari Terengganu.

Kata-kata yang berupa ikrarnya itu kini dibuktikan dengan menutup pos UMNO yang telah didirikannya dihadapan Dewan Sivik Jabi dan digantikan dengan dua buah pos PAS.

Pada September tahun lalu, beliau telah mengumpulkan 1,000 orang ahli UMNO DUN Jabi didalam satu majlis kenduri yang diadakannya sendiri sebagai menunjukkan tanda protes.

Ahli-ahli UMNO yang datang makan kenduri pada masa tersebut telah menandatangani senarai protes. Kini, Salleh akan memastikan 1,000 orang tersebut akan mengundi PAS pada PRU 12, pada 8 Mac akan datang.

Sehubungan dengan itu, calon PAS bagi DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim sudah menghantar wakil untuk mengaturkan pertemuan beliau dengan pihak Salleh Hussin. Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Bukhori Mokhtar, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Jabi, kepada Buletin Online, selepas penamaan calon kelmarin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive