KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 13, 2008

PAK LAH HARUS KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI


Radenjowo
Biar lah wak memecah tradisi blog No2umnO untuk mengucapkan terima kaseh yang amat sangat kepada Perdana menteri Malaysia yang dilantik buat penggal keduanya. Hah ... .tentu ada antara kalian yang ingat wak hilang akal, tapi ini kenyataan dan wak tak perlu sembunyi sembunyi untuk merendahkan martabat diri. Ianya satu realiti yang tanpa kita sedar bahawa Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri malaysia, turut menyumbang ke atas kemenangan parti BA tempoh hari. Jangan sekali kali disangkal kenyataan ini.

Tanpa Pak lah, sudah pasti BA akan terus menyeringai gigi, kerugian membelanjakan beratus ribu wang kempen dan poster tanpa mengecap kemenangan seperti ini.

Maka, wak ambil kesempatan, dengan perlantikan beliau itu, mencerahkan lagi peluang BA untuk terus melebarkan pengaruh ke atas penyokong penyokong di negeri yang masih belum ditakluki.

BA perlu sedar bahawa ketika Mahathir menjadi Perdana menteri, terlalu sukar untuk mempengaruhi rakyat walaupun diberikan kelonggaran untuk menggunakan media. Mahathir orangnya bijak dan semua orang tahu kemampuan beliau.

Mahathir juga merupakan pemimpin yang cekap dan mempunyai pengaruh yang luas bukan sahaja di dalam, malah diluar negara. Dasar luar negaranya cukup membanggakan sesiapa sahaja didunia ini. Berani, lantang dan disegani oleh pemimpin negara gergasi diluar sana. Dimana anda berada dan anda akan dipuji kerana mempunyai pemimpin seperti beliau.

Bagaimana dengan PAk Lah? Juah berbeza ... kerana beliau kurang mendapat sokongan dan kepercayaan dari dunia luar khasnya.

UMNO tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk memaksa Pak lah untuk berundur. Apabila berundurnya Pak Lah, BA tidak mempunyai alasan untuk mengalahkan UMNO lagi. Yang lepas tidak boleh diungkit. begitu lah hakikatnya politik ini. Sebagaimana kisah salah guna kuasa Mahathir dahulu tidak secuit pun menjadi isu di dalam pilihanraya ke 12 yang lepas.

Perjuangan di dalam UMNO terlalu sukar. Sesiapa yang bijak akan menjadi musuh kepada pemimpin. Maka yang bijak ketika ini hanya mendiamkan diri. Lebih menurut dari bertindak, bimbang dicantas dari awal. Tidak mustahil, di dalam barisan kepimpinan yang ada sekarang, sudah ada individu yang hebat yang bakal menggantikan Pak lah untuk untuk jangka masa yang panjang. Ketika itu, terlalu sukar untuk BA berhadapan dengan mereka. Lantas, dengan keujudan Pak Lah sekurang kurangnya boleh memberikan sedikit harapan untuk BA terus mengaut sokongan dari beberapa negeri yang masih belum terpengaruh ketika ini.

Kalau UMNO mahu Pak Lah berundur, seharusnya BA mesti terus mempertahankan beliau. Gunakan manafaat ini sebaik mungkin kerana peluang ini mungkin datang hanya sekali. Dengan Pak Lah, kita masih boleh menuding jari pada kesilapan kesilapan yang telah dan akan beliau lakukan. Politik kena bijak, ada kesempatan harus digunakan. Jangan sampai mati akal kerana tiada modal. Kalau Pak Lah masih ada, sudah pasti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak bakal kita tawan pada pilihanraya akan datang.

Kenapa kita mesti lepas kan peluang ini. Dan kerana itu ..... PAK LAH mesti kekal sebagai Perdana menteri. Terima Kaseh Pak Lah !!!

Rujuk: Umno members want Abdullah to step down.

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Raden,

Teman setuju peratus cadangan raden. Kita berdua sependapat.

radenjowo said...

Kita serupa Tuan Sheikh ... ana buat artikel merujuk artikel Tuan juga. Takbir !!!

Posting terkini

Blog Archive