KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 23, 2008

BN GERMAR BERMUSUHAN

Keputusan Kah Choon Keluar Parti Bijak, Kata Penganalisis Politik
Bernama
Penganalisis politik Datuk Dr Cheah See Kian hari ini menyifatkan tindakan bekas timbalan setiausaha agung parti Gerakan Datuk Lee Kah Choon yang keluar daripada parti Gerakan satu keputusan bijak kerana ini dapat mengelakkan perbalahan antara parti itu dengan DAP berterusan.

"Lewat membuat penyelesaian hanya akan menyebabkan parti DAP dan Gerakan berada dalam keadaan serba salah dan perbalahan kedua-dua parti akan berterusan," kata Cheah yang juga Pengetua Kolej Han Jiang dalam satu temubual dengan Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kontroversi Lee menerima jawatan pengarah dalam dua agensi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berakhir berikutan pengumuman beliau keluar daripada Gerakan.

Cheah berkata demikian ketika diminta mengulas Lee yang mengumumkan keluar daripada parti Gerakan hari ini berikutan tindakannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan partinya.

Ahad lepas, Lee menerima tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang.

Mengenai kenyataan Lee semalam yang pelantikannya dan kerjaya politik tidak mempunyai sebarang perkaitan, Cheah berkata kenyataan itu sukar diterima oleh orang ramai.

"Beliau seorang ahli politik, tambahan pula sebelum pilihan raya lepas beliau merupakan salah seorang calon Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau seorang tokoh politik yang berstatus tinggi. Jadi kenyataan beliau itu sukar diterima orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Cheah berkata pencapaian Lee sehingga hari ini adalah "jasa daripada Gerakan yang sering memberinya peluang" untuk meningkat dalam kerjaya politik.
No2umnO - Jelas membuktikan budaya UMNO dan BN adalah budaya permusuhan. Kerana itu lah maka, sekiranya kemenangan yang BN perolehi di penuhi dengan dendam kesumat dan pembahagian kekayaan berlaku jurang. Akibatnya siapa yang bersama BN akan kaya dan musuh mereka menjadi miskin. Sedangkan rakyat perlu dibantu, tidak kira apa parti sekali pun. Itu adalah tanggung jawab mereka sebagai kerajaan. Sikap begini lah yang menjadi punca kekalahan BN yang lepas. Rakyat dah muak. Setiap bantuan berdasarkan parti. Kini masa nya untuk berubah. Tolak ideologi parti BN yang hina itu. Berpecah dan rakyat tidak akan senang kecuali mereka sahaja.

Perubahan yang cuba di lakukan oleh Guan Eng dan kerajaan PR menggusarkan BN. Percampuran pentadbiran Ahli Majlis di PBT tidak digemari. Kalau dulu semua jawatan di balun oleh BN dan UMNO sekarang sudah tiada lagi. Kalau rakyat bersetuju dengan sistem campuran seperti sekarang, maka fahaman pecah perintah BN tidak akan diterima pakai. Nilaikan dan tolak bentuk kerajaan UMNO dan BN untuk masa akan datang. Kita sudah bijak berfikir dan tidak kolot seperti mereka lagi.

berita lain:
5 Umno assmblymen turned down offers to serve Penangites

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive