KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 23, 2008

Padah sebab beri hadiah ‘penyapu’

WAWANCARA SINAR HARIAN DAN TAN SRI MUHAMMAD
drhalimahali

Soal: Apakah benar orang Melayu telah menolak UMNO pada pilihan raya umum yang lalu?

Jawab: Kita kena terima hakikat memang ada perpecahan undi Melayu. Hendak kata semua telah menolak UMNO tidak betul juga sebab kalau semua tolak UMNO tentu kita tidak boleh berkuasa di peringkat nasional.

Sebenarnya rakyat masih memilih UMNO dan calon-calon UMNO banyak yang menang dan memberi sumbangan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Yang kalah teruk ialah komponen BN yang lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan. Kita tidak kalah teruk.

Undi Melayu tidak solid kepada kita, itu memang kita akui. Dalam waktu yang sama pengundi bukan Melayu – Cina dan India – yang masa lalu memihak kepada kita, kali ini telah memangkah orang lain. Mereka tidak suka kita.

Soal: Ada yang mengatakan pengundi menolak UMNO sebab meluat dengan perangai orang UMNO yang sombong dan suka memperlekeh parti lain. Adakah Tan Sri bersetuju?

Jawab: Ada yang saya boleh setuju, tetapi bukan semua. Sebenarnya ahli-ahli UMNO dalam keadaan selesa sejak sekian lama. Oleh sebab itu mereka terlalu yakin akan menang pada pilihan raya ini.

Apabila terlalu yakin jadilah bongkak, sombong. Ini kita tidak dapat nafikan. Sikap ini bukan sahaja menimbulkan rasa meluat, tetapi juga timbul sakit hati di kalangan pengundi sehinggakan mereka memangkah siapa sahaja asalkan bukan UMNO. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive