KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 23, 2008

Pas sendiri sudah tidak berminat dengan Negara Islam?

Ingatan Kepada Karpal
msomelayu - PENENTANGAN yang bersifat kebencian melampau Kapal Singh kepada Negara Islam tajaan Pas nampaknya konsisten. Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu langsung tidak bertolak ansur atau pun bersikap diplomasi dalam agenda ini. Mungkin sikap inilah menjadikan beliau berjaya sebagai seorang peguam pembela yang hebat dan terkenal.

Mungkin juga kerana sikap dan sifat degil berbatu kerikil inilah menyebabkan beliau pernah ditumbuk oleh Kiai Arshad kira-kira 25 tahun lalu.

Dari dulu lagi Karpal Singh menentang perjuangan (Pas) untuk mewujudkan negara Islam. Islam bagi Karpal Singh macamlah babi bagi orang Islam berfahaman ahli sunnah wal jemaah. Berbagai alasan yang beliau berikan, termasuk bahawa perjuangan itu tidak akan tercapai kerana negara ini negara sekular dan perlembagaan negara ini tetap menghalangnya.

Saya tidak tahu macam mana kalau Karpal Singh sudah menjadi timbalan TPM kedua atau ketiga kelak. Apakah semua aktiviti menjurus kepada Islam akan disekat dan dihalang? Beliau nampaknya tidak ada pengertian langsung dan kadang-kadang buta kepada reality politik dan perkembangan semasa atau sengaja memicingkan matanya daripada melihat kebenaran dan kepentingan orang lain! more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive