KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 25, 2008

Lapan Tahanan ISA diseludup polis ke lokasi rahsia

KeADILan (...) “GMI bimbang tahanan-tahanan ini didera secara mental dan fizikal semasa di PRC. Keluarga dan tahanan tidak diberitahu bila dan tempat penahanan manakala tahanan pula tidak mempunyai sebarang akses kepada keluarga mahupun peguam,” tegas Nalini.

Sebelum ini, Suara Keadilan isu 133 melaporkan GMI melancarkan kempen “Cukuplah 6 Tahun Kezaliman” dalam usaha membebaskan semua tahanan-tahanan ISA, khususnya tahanan yang melebihi 6 tahun pemenjaraan. Kesemua tahanan ‘veteran’ itu dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) tanpa bukti kukuh.

Ketika melancarkan kempen yang bermula April hingga Jun nanti, GMI mengulangi seruan kepada rakyat prihatin, khususnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat, supaya menekan kerajaan pusat untuk membebaskan tahanan atau memberi keadilan sewajarnya di mahkamah.

Dari siasatan peguam GMI, tahanan-tahanan yang dibawa secara rahsia dari Kemta ke Kuala Lumpur adalah:

a. Mat Sah bin Mohd Satray (dikurung 6 tahun)
b. Abdul Murad bin Sudin (dikurung 6 tahun)
c. Mohd Khider bin Kader (dikurung 6 tahun)
d. Abdullah Daud (dikurung 6 tahun)
e. Suhaimi bin Mokhtar (dikurung 6 tahun)
f. Sulaiman bin Suramin (dikurung 6 tahun)
g. Yazid Bin Sufaat (dikurung 6 tahun)
h. Zaini bin Zakaria (dikurung 6 tahun)

Tegas kenyataan itu lagi, GMI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa memindahkan tahanan-tahanan tersebut dengan sewenang-wenangnya kerana besar kemungkinan soalsiasat dijalankan semula keatas tahanan terbabit.

Dari testimoni bekas tahanan ISA, kerajaan menggunakan taktik deraan fizikal & mental keatas para tahanan ketika sesi soal-siasat. Kes-kes rogol dan liwat keatas tahanan wanita mahupun lelaki juga dilaporkan berlaku.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak polis telah melanggar undang-undang kerana Seksyen 73 ISA menggariskan bahawa pihak berkuasa tidak lagi boleh menyoal-siasat selepas 60 hari penuh tempoh siasatan awal diberikan sejurus penahanan dibawah ISA. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive