KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 25, 2008

Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam diimarahkan semula

harakahdaily - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam meraikan penduduk yang mengadakan majlis kesyukuran di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 di sini, menandakan berakhirnya tindakan menyita rumah Allah itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selama lapan bulan.

Surau tersebut disita pada awal September tahun lalu gara-gara mempunyai dua imam ketika menunaikan solat jemaah waktu maghrib dan isyak.

Turut hadir dalam majlis kesyukuran tersebut, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Dato' Dr Hassan Mohamed Ali; exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari; Pengarah Jais, Dato' Mohamed Khusrin Munawi; Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mahd Nor; Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato' Munir bin Bani; dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Timbalan Pesurujaya PAS Selangor.

Dalam ucapannya, Khalid mengingatkan penduduk Seksyen 8 melupakan perselisihan faham sehingga menyebabkan tindakan tegas diambil sehingga membawa kepada penutupan surau tersebut.

"Saya diminta oleh Tuanku menyatakan bahawa pembukaan Surau Ar-Rahmah ini sangat penting bagi menjamin perpaduan umat Islam di Selangor," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive