KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

MASJID PATRICK LIM TERSASAR ARAH KIBLAT

kiblat masjid kristal yg SALAH.........
Melayuhot - Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya.

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar.

Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan Asar, ramai pelawat sembahyang berjemaah di masjid itu. Sememangnya mereka tidak menyedari bahawa arah kiblat silap.

Setelah selesai bersembahyang disana, rakan sahabat saya ini yang berasal dari Terangganu memanggil beliau untuk menunjukkan sesuatu. "Cuba kau lihat arah matahari, bukan ikut kebiasaan ditempat kita bukan?" Rakan saya terperasan bahawa kedudukan matahari berada pada kedudukan 30 darjah diluar dari posisi arah kiblat yang sebenar berbanding dengan arah kiblat Masjid Kristal Pulau Wan Man.

Imej: Menunjukkan arah kiblat dan arah
mimbar .... jauh bezanya tu beb !!!

Macam mana perkara ini boleh terjadi? Masakan perkara pokok dalam mendirikan sebuah masjid iaitu arah kiblat tidak diberi tumpuan utama.

Tetapi jika masjid ini hanya sekadar didirikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung dan bukan untuk bersolat, maka arah kiblat bukan soal yang tersangat penting.

No2umno - Benda ni mungkin tak perasan pada mereka yang sudah pun pergi ke sana. Tapi wak nak ingatkan sikit tentang hari kiamat. Hilangnya Amanah Merupakan Tanda Kiamat, yang salah satu cirinya adalah dipegangnya amanah oleh yang orang-orang bukan ahlinya dalam masalah tersebut.

Sabda nabi SAW:

“Ketika amanah telah disia-siakan maka tunggulah tibanya Kiamat.
” Kata para sahabat ra: Bagaimanakah disia-siakannya wahai rasuluLLAH?
Jawab nabi SAW: “Ketika suatu urusan dipegang
oleh yang bukan ahlinya maka tunggulah tibanya Kiamat.’”

(HR Bukhari dalam Fathul Bari’ hadits no. 59 dan 6496)

8 comments:

Anonymous said...

bab kiblat masjid kristal ni ambo tak pasti tapi kalau cara dalam gambar tu nak ukur arah kiblat maka ianya salah. Ini adalah kerana sebelum sesebuah masjid itu didirikan maka pihak pejabat mufti akan ukur dan tanda arah kiblat... dalam masjid letak kompas harga RM 10,000 pun belum pasti dapat ukur arah kerana medan magnetic akan lari-wasalam (sebastianjoshua)

Kuda Lempoyang said...

uwahhh!!!!ini serius beb! Aku semayang tengah laut pun pandu arah matahari je. Tak error rasanya. Berserah. Aku rasa ada beberapa sebab jadi gini antaranya: masjid ini cuma sample, bukan untuk digunakan atau memang qiblat patrick arah tersebut. dolah bodowi lupa nak kasi tau patrick, patrick pun buat la masjid ikut kepercayaan dia. Korang tolong kasi tau patrick, aku boleh kompromi hal lain termasuk kaum, tapi hal ugama, aku suka cari mati....

Anonymous said...

ini ini ini semua kerja orang gila la ni orang
ini semua kerja orang gila la ni orang
(ayat dipetik dari perkataan samy vellu)

Anonymous said...

hang reti tak guna kompas tu....mana boleh kompas letak kat lantai...ngak tul la..bawah tu kan ada brc...besi..pegang le guna tangan..jauh kan dari besi..

Anonymous said...

kasi comfirm betul betul sebelum membuat tindakkan..gunakan kompas yg berqualiti tinggi..semasa mengunakan jauh kah diri dari tiang tiang batu dan lantai..sbb di dalam nya ada besi..sila measure di luar mesjid. hadapan hala mesjid ..catit degree ..dari luar..lebih baik jiha mengunakan compas satelite.

Anonymous said...

kompas biasa akan berubah bacaan jika..di sekeliling nya ada ..motor genarator /seperti laluan kabel/kipas/speakers/transformer/atau apa apa barangan electric..yg menghasilkan urat daya magnet .

Anonymous said...

mengikut pengalaman saya lebih dari sepuluh tahun.. pengunaan kompas analog atau kompas biasa...tidak boleh di lakukan didalam bangunan..atau di atas bangunan...kerana bacaan berbeza jika di ukur di luar bangunan..kecuali kompas itu jenis yg berquality di lindungi arus magnet,,besi atau segala aruhan..atau kompas digital satelite..utk memasti kan sesuatu kedudukan.degree atau hala.sila rujuk kpd jabatan pemetaan atau yg bertauliah..jan membuat andaian sendiri..

Anonymous said...

saya pun tak setuju dgn cara baca kompas tu...cuba tgk manual tu btul2 bro..biasanya kompas patut dibaca 1 meter dari lantai...bukan letak atas lantai...batu2 boleh ubah arah kompas..

btw saya dh dgr cite ni 2 minggu lepas..kebetulan last week saya blk kg mentua di kt...pastu pg masjid kristal..saya ade bawak kompas..saya check dari luar masjid, kompas letak atas tgn, lebih 1 meter dari tanah..
result=betul la kiblat skang ni..
jadi check balik bro..

Posting terkini

Blog Archive