KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 5, 2008

Polis, BPR mungkin dipanggil siasat penipuan

Utusan Meloya
SHAH ALAM 4 April – Polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mungkin dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku penipuan pemilikan tanah melibatkan nilai ratusan juta ringgit di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, khidmat kedua-dua agensi itu terpaksa digunakan sekiranya terdapat bukti berlaku unsur-unsur jenayah seperti penipuan dan penyelewengan.

Beliau bagaimanapun, menyifatkan langkah tersebut sebagai terlalu awal untuk diambil kerana ia masih di peringkat pengumpulan maklumat serta dokumen.

“Kita belum panggil polis dan BPR kerana masih mengumpul maklumat daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.

“Kemudian kita tengok apa jenis siasatan lanjut yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan sembilan pegawai daerah di negeri itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Pertemuan tersebut merupakan antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan perkara itu.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes-kes penipuan pemilikan tanah melibatkan nilai ratusan juta ringgit.

Menurut Iskandar, Menteri Besar Selangor akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu Isnin ini.

Ditanya sama ada kes-kes berkenaan membabitkan orang dalam atau pihak luar, beliau memberitahu, perkara itu masih diselidik berdasarkan maklumat yang ada.

No2umnO - Kita guna penyapu Khir Toyo untuk bersihkan Selangor ..... Ada jantung yang berdetup detap, nampaknya.

1 comments:

Muhammad Fahmi said...

semakin tipis le peluang khir toyo nak bertanding jawatan ketua pemuda..

Posting terkini

Blog Archive