KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 17, 2008

SEWA BILIK DI SINGAPURA PALING MAHAL ..... Kemudian

Bernama - Singapura menjadi lokasi kesembilan paling mahal di dunia bagi menyewa sebuah apartment tiga bilik, demikian menurut satu kajian global.

Negara bandar raya itu juga menduduki tempat kelima di Asia yang kadar sewa kediaman bagi apartmen tiga bilik meningkat lebih 30 peratus daritahun 2006 ke 2007, demikian menurut kajian ECA International, sebuah syarikat perunding sumber manusia, baru-baru ini.

Kajian Kemudahan Kediaman ECA tahunan itu membandingkan kadar sewa di 92 lokasi di seluruh dunia.

Menurut ECA dalam satu kenyataan, data yang diperoleh dalam Laporan Kemudahan Kediaman itu digunakan oleh syarikat dan perunding pelanggan yang menjadi anggota ECA apabila mereka menggubal polisi dan elaun perumahan bagi kakitangan mereka yang bertugas di luar negara.

Secara purata, kadar sewa apartmen tiga bilik di kawasan kediaman popular pegawai dagang di Singapura adalah kira-kira US$4,460 sebulan, kata ECA.

Kadar ini adalah 33 peratus lebih tinggi dari tahun 2006, apabila kadar sewa kediaman yang serupa adalah kira-kira US$3,364 dan kadar tahunan tertinggi berbanding kenaikan peratus tahunan di Asia, diikuti dengan Mumbai dan Guangzhou.

Kajian itu turut mendedahkan lima lagi lokasi di Asia berada dalam kelompok 10 lokasi termahal di dunia iaitu - Hong Kong (pertama), Tokyo (keempat), Mumbai (keenam), Seoul (ketujuh), dan Ho Chi Minh City (ke-10).

Moscow, New York, London dan Caracas adalah lokasi lain yang paling mahal di kalangan bandar raya di dunia untuk menyewa apartment tiga bilik.

ECA berkata Kuala Lumpur menduduki tempat ke-16 di Asia dan ke-72 dalam kategori dunia.

Sementara itu, 10 lokasi termurah bagi menyewa apartment tiga bilik di dunia adalah Karachi, Guangzhou, Vilnius, Nairobi, Atlanta, Ankara, Dallas, Accra, Lima dan Muscat.

kemudian ..... mereka akan lega kerana adanya .....

Rujuk:
(WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive