ISU HANGAT
(...) Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.
Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?
Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.
Persoalan yang masih perlu diterokai:
Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:
- Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
- Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
- Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
- Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
- Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
- Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
- Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
- Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
- Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
- Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
- Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
- Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
- Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
- Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
- Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
- Jika WPI ini ‘berjaya’, adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
- Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul…….memerlukan jawapan….di dunia dan akhirat.
More...
1 comments:
tak cukup lagi ke Khairy dan Pak lah mejual malaysia ke singapura?
isu air
isu jambatan
isu pasir
Post a Comment