Harga beras masih terkawal
Bharian - Pengerusi Persatuan Kilang Beras Melayu Malaysia, Saidon Ahmad, berkata kenaikan harga beras itu bukan berlaku secara mendadak, sebaliknya beransur-ansur sejak sebulan lalu dan tidak membebankan pengguna.
Beliau mendakwa, kenaikan harga beras yang ketara hanya membabitkan jenis mewah dan bukannya beras Super 15 yang dikawal harganya oleh kerajaan menerusi PadiBeras Nasional Bhd (Bernas).
"Harga beras Super 15 turut dinaikkan, tetapi masih dalam kawalan kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah mampu membelinya.
"Harga beras lain naik atau turun tidak menentu mengikut pasaran atau permintaan dan rakyat yang tidak mampu membelinya boleh membeli beras Super 15 yang harganya rendah iaitu kurang RM20 bagi 10 kilogram," katanya ketika dihubungi di Alor Star, semalam. more...
LEBAI SELALU BUAT CERITA BENGONG
23 seconds ago
0 comments:
Post a Comment