KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 17, 2008

MEDIA HADHARI BUAT RAKYAT MARAH

zabidi-morad.blogspot
Ketua-ketua akhbar kumpulan NST telah mula keluar entah dari lubang mana setelah lebih satu bulan mengabdikan diri kepada nilai-nilai pemberitaan pelacuran setelah kekalahan parti UMNO dan BN yang diketuai Abdullah Ahmad pemimpin yang serba lengkap pada pandangan mereka.

NST yang sudah berkurangan pembacanya sebaik sahaja Kalimullah Hassan seorang pemberita biasa yang dilantik secara politik memegang jawatan editorialnya.
Kebanyakkan kawan-kawan lama yang pernah dan masih berkhidmat dalam bidang penulisan ketika ditemui mengesahkan perkara ini.

Sesudah menghentam Barisan Rakyat begitu teruk sekali sebelum pilihanraya, rakyat bertindak berani menterjemahkan pandangan dan mengenepikan etika kewartawanan busuk dan nilai berita karut media pengampu.

Sekali lagi media jelmaan penulis sekolah menengah ini meminta agar Abdullah Ahmad Perdana Menteri dibantu dalam menunaikan janjinya kepada rakyat. Ahli UMNO dirayu supaya tidak menyalahkan Abdullah seorang sahaja.

Wah, selepas sebulan membisu, Abdullah membuka mulutnya sekali lagi beberapa hari lalu mungkin setelah diajar untuk membuat pengakuan bahawa, “saya juga bertanggungjawab” akibat kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Ini adalah pengakuan ‘muka kebajikan’ Abdullah. PM ini cuba memancing semula sokongan orang UMNO yang sangat marah dan meluat bukan sahaja dengannya, malah dengan menantu, keluarga, kroni dan ketua-ketua media pemutar belit. Maka media NST cuba sekali menggunakan jala untuk memerangkap ahli UMNO supaya terus memuja Abdullah Hadhari yang sudah tidak boleh diharapkan lagi. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive