Kudaranggi - Peristiwa Perhimpunan Black 14 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur berjalan dengan lancar, sempurna dan tanpa sebarang masalah atau gangguan terhadap ketenteraman awam. Tahniah kepada penganjur dan semua yang hadir kerana memperlihatkan tahap disiplin yang cukup tinggi.
Ribuan anggota polis, sama ada yang berpakaian seragam atau preman (istilah untuk pakaian awam), yang turut sama atas nama tugas, juga bertindak sejajar dengan kehendak undang-undang dan ada yang turut sama membeli-belah di pasar malam di situ. Tahniah juga kepada anggota polis.
Tetapi, apa yang berlaku selepas itu agak mengecewakan terutama berkaitan apa yang diperjelaskan oleh ketua polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman.
Sabtu berkata perhimpunan itu adalah majlis makan malam tetapi telah bertukar menjadi perhimpunan 'haram'. Katanya majlis makan malam itu telah bertukar menjadi majlis ucapan politik.
Jika kita berpandukan logik alasan Sabtu, maka semua majlis makan malam termasuk majlis kenduri kahwin tidak boleh diadakan sebarang ucapan. Selama ini, para menteri atau pemimpin yang menghadiri majlis makan malam sama ada sempena ulang tahun sesuatu pertubuhan atau untuk meraikan sesuatu kejayaan, tidak boleh memberi ucapan kerana majlis berkenaan adalah majlis makan malam. Itulah logik yang diberikan oleh ketua polis Kuala Lumpur. more...
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
4 minutes ago
0 comments:
Post a Comment