Malaysiakini - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub berkata, adalah terlalu awal untuk beliau membuat keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
"Kalau isytihar sekarang, dalam masa tiga bulan keadaan mungkin berubah. Mengapa hendak tergesa-tergesa dalam perkara yang belum pasti," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Bagaimanapun, ahli parlimen Bera itu berkata, apabila berada dalam politik, seseorang itu tentu berminat untuk jawatan-jawatan tertentu dalam parti.
"Sehingga ini tidak ada orang datang yang bertanya sama ada saya (akan) bertanding jawatan ketua Pemuda," katanya lagi.
Ismail Sabri sebelum ini pernah dilaporkan sebagai antara calon yang mungkin bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti pada 16 hingga 20 Disember depan.
Dua lagi calon yang hampir pasti bertanding jawatan tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd khir Toyo dan exco pemuda Umno pusat, Datuk Mukhriz Mahathir. more...
KISAH TOK LAKI TAKUT BINI BILA TAK SAIN SSPA.
1 minute ago
1 comments:
"wak!..heheh camner nak join warung Botox nie!..ageggege ajar sikit wak!..
makasih!..
Baris 21
Post a Comment