KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 1, 2008

SUARAM SUSUKAN MONYET DI HUTAN


Perang mulut Suaram-MB S'gor
malaysiakini.com
Kerajaan baru Selangor bawah menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menunjukkan ia benar-benar mendengar suara masyarakat, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sikap seumpama itu dialami rakyat zaman pentadbiran BN yang menjadi punca utama penolakan rakyat dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Pengarah eksekutifnya Yap Swee Seng berkata badan bukan kerajaan (NGO)itu kesal dengan kenyataan Abdul Khalid yang menganggap "kepentingan negara" dalam isu pekerja asing harus mengatasi hak-hak asasi mereka.

Kenyataan Suaram ini dalam isu bayaran levi RM10 merupakan reaksi kedua dalam perang mulutnya dengan kerajaan Selangor.

"Hak asasi tidak boleh dicerai-ceraikan, saling berkaitan dan sejagat," kata Yap.

"Kami sukacita mengingatkan beliau (Abdul Khalid) bahawa perlindungan hak asasi menjadi tanggungjawab paling utama setiap kerajaan, dan 'kepentingan negara' tidak boleh dijadikan alasan untuk lari daripada tanggungjawab mempertahankan hak-hak asasi berdasarkan prinsip-prinsip sejagat."

Yap menambah, gaya berbahasa menteri besar itu "sangat tidak patut dan mundur", tidak jauh bezanya dengan kenyataan kerajaan BN.

Suaram juga menggesa Selangor membatalkan hasratnya untuk mengenakan levi ke atas pekerja asing dan memanggil pertemuan dengan kumpulan NGO untuk membincangkan isu-isu itu dengan lebih menyeluruh.

No2umnO - Suaram ni kerajaan ke?

2 comments:

Anonymous said...

menggelabah siot suaram ni..!!!!
skarang ni dalam TV sendri(MEDIA KERAJAAN BN)pon nyatakan malaysia macam pusat pendatang....dh...nk pe lagi..??? KUtip le cukai..!!!!

abih...nk bior dia kaut untong gituuu je,...???
apa la bodoh pnye pandangan suaram ni..???

lg satu...aku ni rakyat malaysia...aku tak pnah cakap tak sokong pon..???SUARAM ni bawak suara sape agaknye..???

klo dia bawak suara rakyat malaysia....nah,..!!aku perintahkan bubarkan je SUARAM...
Boleh...?????????

Anonymous said...

aku juga setuju dgn komen anda,aku pun rakyat malaysia setuju dgn apa kerajaan selangor nak buat..mana tahan pendatang ramai sgt.kat sini..menakutkan...kalau dia org rasa tak tahan ,dia org baliklah..ini duit kita mengalir keluar tak apa..oiii suaram tu gila khinzir ke?.khinzir pun tak gila nak bagi makan kat monyet..lagi satu...pekerja asing tu,dia org tu jimat btul kat malaysia tak belanja sgt.duit tu dia hantar negeri dialah...bangang betul suaram ni..siapalah lantik mereka tu..aku yg sepenuh masa kat rumah pun paham benda2 ni..kami sokong mb selangor..tan sri khalid,teruskan ,jgn layan suara2 sumbang tu.

Posting terkini

Blog Archive