KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 29, 2008

Azmin dakwa Rosmah berbelanja besar di London atas biaya kedutaan

harakahdaily - Jawapan yang diberikan Menteri Luar, Dato' Rais Yatim dipertikaikan Azmin Ali (KeADILan-Gombak) mengenai peranan yang dimainkan oleh pegawai-pegawai di WIsma Putra di luar negara termasuk menanggung kos perbelanjaan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin seri Rosmah Mansor ketika beliau mengunjungi London baru-baru ini.

Rais mengesahkan bahawa menurut maklumat yang baru diterimanya daripada pegawai di Pejabat Kedutaan London, isteri TPM itu tidak menggunakan khidmat kedutaan London untuk kepentingan peribadi.

Perkara tersebut merupakan persoalan yang dibangkitkan Azmin pada perbahasan sidang dewan pagi tadi apabila beliau mendakwa Rosmah telah berbelanja besar di London dalam satu lawatan beliau dan kos tersebut ditanggung oleh Kedutaan Malaysia di London.

"Saya bersetuju dengan peranan yang dimainkan Kementerian Luar untuk membantu rakyat Malaysia di luar negara, namun saya membantah peranan pegawai-pegawai kedutaan ini yang lebih bertumpu untuk melayan isteri-isteri menteri, timbalan-timbalan menteri.

"Bahkan saya ingin menyatakan bahawa tidak benar kenyataan menteri tadi bahawa semua rakyat Malaysia dilayan oleh pegawai-pegawai kedutaan di luar negara," katanya pada sidang dewan rakyat hari ini.

Sebaliknya beliau mendakwa, pegawai-pegawai kedutaan telah digunakan untuk melarang rakyat Malaysia di luar negara daripada mendengar taklimat daripada pimpinan Pakatan Rakyat ketika mengunjungi negara tersebut.

Hal tersebut telah mengundang suasana yang bising di dalam parlimen.

"Apa yang menghairankan saya mengenai faks jawapan yang diterima menteri tadi daripada London adalah, ia perlu dibuat dengan lebih teliti kerana maklumat tersebut harus disiasat dengan lebih menyeluruh. ... selanjutnya.

1 comments:

Mat Komando said...

aiiyaa.....
mana ada waa.....

itu smua...aaa......
klo ada belanje smua utk lakyat maa....
klo blan ja besak aaa......
itu maksod lakyat dapat lagi manyak wooo......

talak pecaya ka..???
lu cuba tanya najib.....
klo tak blani tanya dia....
lu tanya losmah.....

sure itu bukan utk dia maa....
utk lakyat..
haha...

Posting terkini

Blog Archive