KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 29, 2008

Pembangunan Tanah UM Adik Najib Terlibat?

suarakeadilan - Soalan mengenai pembangunan 11 hektar tanah di Universiti Malaya oleh syarikat yang punyai kaitan dengan adik Timbalan Perdana Menteri, Mohd Johari Abdul Razak enggan dijawab Kerajaan hari ini.

Soalan tersebut tidak dijawab Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Idris Haron sebaliknya memesongkan jawapannya mengenai beberapa langkah penarafan Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

Isu tersebut dibangkitkan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) daripada soalan asal beliau mengenai langkah-langkah kerajaan meningkatkan kedudukan universiti awam dalam ranking universiti dunia.

Menurut Mohd Nasir, tindakan membangunkan 11 hektar tanah di institusi berkenaan secara tidak langsung menyebabkan universiti hilang fokus terhadap ‘core-business’ untuk melahirkan graduan kelas pertama yang sekaligus boleh menjatuhkan ranking universiti itu di peringkat antarabangsa.

Mohd Nasir turut meminta penjelasan mengenai tindakan kerajaan memendekkan tempoh perkhidmatan Naib Cancelor daripada tiga tahun kepada 6 tahun sebagaimana yang berlaku di Universiti Malaysia dan UNIMAP.

“Adakah tindakan itu dibuat terhadap Naib Cancelor yang tegas menjalankan keputusannya yang boleh menyebabkan golongan yang punyai hubungan rapat dengan parti pemerintah tergugas”, kata beliau dalam soalannya.

1 comments:

Mat Komando said...

mesti mau masok maa....
klo tak poket tak kembong laa...
itu plojek aa....klo lepas mesti poket mau kasik isik skali woo...
klo talak isik a....
plojek talak timboll....

talak biasa ka ini macam....
biasa laa....
itu nama.....kasik tengok laa...sapa....
takkan heran lagi woo.....
sulah top maa.....
smua org pon tau....

lu solok itu taik dalam kubor pon olang tau maa...
haha....

Posting terkini

Blog Archive