KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 28, 2008

Peruntukan RM16 billion 'nyaris' dibatalkan, ahli parlimen BN kelam kabut

harakahdaily - [...] Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan ahli parlimen BN yang kurang bilangannya di dalam dewan ketika itu jika dibandingkan dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat, malah sejak pagi tadi kelihatan begitu banyak kerusi-kerusi ahli parlimen BN yang kosong.

Akibat daripada itu, loceng dibunyikan kira-kira lima minit bagi memastikan bilangan ahli parlimen cukup untuk membuat undi dan ketika itu kelihatan ahli Parlimen BN kelam kabut bergegas masuk ke dalam dewan.

Dalam suasana kelam kabut itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta Speaker menetap tempoh tamat untuk mengira undi.

"Sampai bila nak tunggu masuk. Sudah cukup tempohkah?" kata ahli parlimen Ipoh Barat dan tiada tindak balas daripada Speaker

Mahfuz (PAS-Pokok Sena) mencelah menyatakan siapa yang masuk untuk mengundi bermakna mereka mengundi untuk pembaziran manakala Azmin secara bersahaja meminta supaya undian dikira betul dan tepat supaya tidak ada 'undi hantu' berlaku dalam dewan yang mulia.

Nazri dilihat berdiri membilang ahli-ahli parlimen dan antara mereka yang keluar semula dari Dewan Rakyat bagi 'mencari' rakan-rakan mereka yang hilang.

Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku pada sidang dewan kali ini dan tepat jam 11.50 pagi undian dibuat untuk menunggu kedatangan wakil BN ke dewan menyebabkan undian tersebut berpihak kepada BN yang bersetuju sebanyak 92 undi berbanding 60 undi tidak setuju dan 1 berkecuali. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive