KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 28, 2008

Zaid Mahu Mukhriz Dan Tajuddin Dikenakan Tindakan

bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional mengambil tindakan terhadap dua penyokong kerajaan berhubung kenyataan mereka yang didakwanya menghina kerajaan.

Beliau berkata kritikan Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, menjurus kepada menghina kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri berhubung pelantikannya sebagai menteri.

"Pelantikan saya dibuat oleh Perdana Menteri. Kalau PM nak siapa-siapa jadi menteri, itu keputusan dia. Apakah ini tidak menghina saya, kerajaan dan Perdana Menteri dengan mempertikai keputusan yang telah dibuat?.

"Saya tidak melarang untuk mengkritik kerajaan tapi biarlah kritikan itu membina bukannya menghina. Bukan kerja kita (dalam BN) nak suruh seseorang itu letak jawatan, itu kerja pembangkang. Dalam parti BN kerja kita menyokong kerana selagi PM ada jadi ketua kita, kita tak boleh suruh dia letak jawatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Zaid berkata tindakan kedua-dua wakil rakyat BN itu mempertikaikan pelantikan beliau yang dibuat oleh Perdana Menteri bukan sahaja memalukan beliau selaku menteri tetapi juga memberi gambaran buruk kepada masyarakat.

Semalam, Tajuddin meminta Abdullah menilai semula pelantikan Zaid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menyifatkan tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka Anggota Parlimen BN di luar dewan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive