KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 17, 2008

Umno = Melayu?

hafizdasar - Sejak tsunami politik melanda negara kita tahun ini, pelbagai seminar-seminar yang membincangkan nasib orang melayu telah di jalankan. Seminar-seminar ini dibuat disebabkan kekalahan teruk UMNO mendapat mandat penuh dari rakyat. Apa yang peliknya, adakah UMNO sahaja yang membela nasib orang melayu di negara kita ini? adakah UMNO masih relevan dengan melayu?.

Persoalan ini selalu timbul dalam fikiran penulis, masakan tidak, jika UMNO ingin membela nasib orang melayu kenapa acap kali kita mendengar berita tentang pemimpin-pemimpinya yang makan duit rakyat. UMNO kini jangan disamakan dengan UMNO zaman On Jaafar ketika itu semangat nasionalisma mereka sememangnya tinggi. ‘Trade Mark’ UMNO dulu,kini, dan selamanya tidak relevan lagi.

Dahulu sejarahnya lain, kini sejarahnya lain, pejuangan dahulu jangan disamakan dengan pejuangan sekarang. Karektor boleh berubah bila-bila masa. Bukan niat penulis untuk mengutuk UMNO, tetapi ini suatu sinisan kepada mereka, kekalahan kali ini tidak bermaksud kalah untuk selama-lamanya tetapi sebagai suatu pengajaran dan tauladan kepada mereka-mereka yang mementingkan ‘perut sendiri’.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive