KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 6, 2008

Harga minyak: Protes rakyat akan digerakkan ke seluruh negara

Harakahdaily - Kerajaan Barisan Nasional meneruskan 'Tradisi Membebankan Rakyat' berikutan langkah kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa semalam.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, berkaitan tradisi itu juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh kenyataan 'Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini', dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand yang bukan merupakan negara pengeluar minyak.

"AMK yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara," tegas beliau dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, hari ini.

Katanya, semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA), namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Malah, baru-baru ini diumumkan kadar tambang bas pula akan dinaikkan. ... selanjutnya.

Berita menarik lain ..... dari Harakahdaily
Usul mengenai tsunami inflasi ke Parlime..
Menaikkan harga hanya menyelesaikan masa..
Rakyat akan terhimpit bila barang lain t..
Minyak: Alasan kerajaan tidak boleh dite..
PAS desak kerajaan batal kenaikan harga ..
Minyak naik: NGO saran rakyat nyatakan b..
Rakyat miskin mendadak - Salahuddin..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive