KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 5, 2008

MAMPAT Kutuk Tindakan Kerajaan, Stesyen Minyak Diserbu, Jalanraya Sesak

The image “http://buletinonline.net/images/berita/jamminyaknaik5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) mengutuk tindakan kerajaan yang bertindak menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen dan diesel sebanyk RM 1.00 yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengerusi MAMPAT Encik Fauzi Abu Samah menyatakan demikian ketika menghubungi Buletin Online sejurus belia mendapat maklumat berkaitan kenaikan harga minyak tersebut.

Apa jua alasan yang diberikan kerajaan, MAMPAT merasa amat sedih dan kesal dengan tindakan kerajaan itu kerana menurut Encik Fauzi masalah kenaikan harga barang masih belum selesai.

”Kita (MAMPAT) menjangkakan harga barang akan naik sebanyak 60% berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41%,
”ini akan membuatkan rakyat terus hidup dalam keadaan yang tertekan kerana mengalami kesan berganda,
”isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak sebelum ini, belum selesai,” kata Encik Fauzi.

Sehubungan dengan itu, MAMPAT yang mewakili badan-badan bukan kerajaan di negeri Terengganu, mendesak kerajaan pusat supaya segera mengembalikan bayaran tunai royalti minyak 5% setahun kepada rakyat dan kerajaan Terengganu dengan segera.

”Dengan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat dan negeri Terengganu, kita (MAMPAT) yakin ia akan dapat membantu kerajaan Terengganu bagi mengurangkan beban rakyat Terengganu akibat kesan berganda kenaikan harga barang ekoran dari kenaikan harga minyak,” tambah Encik Fauzi.... selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Kecoh minyak naik !! nak buat apa kecoh, kan pilihan sendiri, itu yang kita hendak, ada orang dah bagi peringat tapi kita pilih juga pilihan tu so inilah hadiah yang teristimewa dari pembela bangsa. Pasni bagi kereta 2000cc kebawah tu isi minyak sebulan RM52.00 jer tau jadik tak le terasa kenaikan sebab nanti pas setahun dapat balik RM625.00. Jom kita reramai nantikan pulak kenaikan letrik dan barang-barang keperluan lain. Eh!! kalau orang ada kereta atau motor dapat cash, orang yang tak ade camana? Tambang bas atau teksi pasni sure naik punya, tiket bas, tiket LRT atau resit teksi boleh claim balik ke gamaknye.

Komen aku, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut cakap ada akal lu pikir la sendiri

Anonymous said...

apa la nak kutuk-kutuk, depa tukan nak catit sejarah, kenaikan paling tinggi, lagi pun kalau bagi subsidi banyak-banyak mana boleh nak catat lagi satu sejarah. Kalau TDM perintah 22 tahun dapat kumpul USD 199 juta + S42 juta (tranungkite) so sejarah baru akan tercatat kalau kurang 10 tahun perintah boleh kumpul kurang-kurang double dari yang TDM kumpul. Jadi BN/UMNO Trengganu patut berbangga dengan kenaikan minyak ni jesteru menjadi penyumbang terbesar sejarah pengumpulan kekayaan.

Posting terkini

Blog Archive