KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 7, 2008

Bala Allah, Lebih Dasyat Dari Bala Subramaniam !!

 tranungkite | ... Adalah tidak munasabah dalam masa sehari beliau boleh mengeluarkan dunia kenyataan akuan sumpah yang berbeza-beza. Ini sesuatu yang amat memusykilkan kita sebenarnya. Mana mungkin dalam masa satu hari seseorang itu boleh membuat dua akuan sumpah. Ini menunjukkan bahawa, adanya campurtangan daripada pihak berkaitan. Apakah ada tangan-tangan ajaib yang memainkan peranan dalam kes ini. Apakah juga TPM Najib turut terlibat dalam memaksa Bala menarik balik akuan sumpahnya yang dibuat secara tergesa-gesa itu? Ini bukan sahaja menjatuhkan maruah beliau sendiri, malahan juga telah memalukan imej negara.

Bayangkan begita ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan sekiranya ada diantara mereka yang tidak membaca akhbar, tidak membaca blog dan mendapat maklumat dari media massa. Dimanakah TPM ingin meletakkan muka? Bukankah ini mencerminkan imej TPM dan negara tercalar di mata masyarakat dunia !. Bukan setakat itu sahaja, malahan "rodong-rodong" Najib juga akan menerima nasib yang sama tempias isu ini. Maka adalah amat merugikan bila, kes yang sungguh sensasi ini dipermain-mainkan seperti tiba

Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mungkin Bala telah ditekan oleh pihak-pihak tertentu dalam kes yang semakin sensasi ini?. Dan kini, satu laporan polis telah dibuat oleh oleh anak saudaranya tentang kehilangan beliau semalam. Mungkihkah Bala diancam dan ditekan ataupun beliau telah mendapat "habuan lumayan" daripada pihak-pihak tertentu. Kabaran yang diterima ada mengatakan yang beliau telah mendapat habuan USD500,000. (lebih kurang RM2.5 juta) Jika benar beliau menerima habuan sebanyak itu, memang "malang" lah nasib dan semakin besarlah "Bala" yang akan menimpa BALASUBRAMANIAM selepas ini. Ke manakah hilangnya Bala? Secara tiba-tiba sahaja rumahnya berkunci dan hilangnya tidak dipasti? Ada yang mengatakan beliau kini telah berangkat secara tergesa-gesa ke India. Mungkin untuk bertafakur agaknya, ataupun mungkin ingin mencari ketenangan setelah dipanaskan dengan isu "akuan sumpah"nya itu. [Laporan ini diterima daripada SB UMNO di Kelana Jaya]..... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive