KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 7, 2008

Raja Petra disiasat, sedia ke mahkamah



MStar | .... Pengendali blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah daripada mendedahkan sumber yang memberikannya maklumat mengenai penglibatan tiga individu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibuatnya dalam akuan bersumpahnya.

Raja Petra yang memberi keterangan kepada polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul petang tadi berkata keenggannya mendedahkan sumber yang memberikan maklumat itu kepadanya adalah kerana bimbang akan keselamatan sumber itu.

Beliau yang tiba di IPD Sentul, dengan diiringi oleh isterinya, Marina Abdullah dan peguam Amarjit Singh, pada pukul 5.10 petang keluar hampir dua setengah jam kemudian pada pukul 7.45 petang.

Raja Petra berkata, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada 20 Jun lepas yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu.

"Saya diarah memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah iaitu prosedur memberi keterangan ke atas sesuatu kes, selepas laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangannya di sini hari ini.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive